suria

Belajar jauh di Australia, balik Malaysia jual baju budak! Bekas arkitek guna kebijaksanaan dalam bisnes, tak kisah apa kata orang

Ariff yang berkelulusan ijazah sarjana dari Australia kini mengusahakan bisnes baju kanak-kanak.

"SAYANGLAH, kau budak pandai kot."

"Sayang bang... pengetahuan dan kepandaian abang yang abang belajar tak pakai."

Demikian antara teguran untuk seorang pemuda berkelulusan akademik dari universiti luar negara dan kini mencari rezeki dengan menjual baju kanak-kanak.

ARTIKEL BERKAITAN: Belajar di UK, balik Malaysia jual tauhu bergedil je... wanita ini ada cara tutup mulut makcik bawang!

ARTIKEL BERKAITAN: Ada ijazah dari Australia, 'berguru' dengan chef pastri terbaik dunia... tapi kerana cheesekut premium Biscochiz, pengasasnya dimarahi artis!

Pemuda berkenaan, Ariff Fadhlan Amin berkata, dia menamatkan pengajian jurusan Ijazah Sarjana Senibina di Universiti Adelaide di Australia pada akhir 2013.

Sekembalinya ke tanah air, dia bekerja sebagai arkitek selama kurang setahun sebelum bergelar pensyarah di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) selama lima tahun.

"Minat saya begitu kuat dalam bidang grafik. Masa jadi pensyarah pun, saya mengajar dalam bidang arkitek dengan pengkhususan grafik.

"Bidang ini tak lari daripada apa yang saya belajar di universiti. Benar, sekarang saya berjinak-jinak dalam bisnes baju kanak-kanak," katanya berusia 33 tahun kepada mStar.

jual baju budak 5

Ariff menyambung pengajian di Universiti Adelaide, Australia.

Menyedari kritikan orang luar, dia yang dibesarkan di Pengkalan Hulu, Perak bagaimanapun tidak cepat melatah sebaliknya menghormati pandangan masing-masing.

Menurut anak ketiga daripada lima beradik itu, bisnes baju kanak-kanak yang diusahakan bersama isteri sejak Ogos tahun lalu adalah sebahagian daripada sumber pendapatannya.

Kita belajar atau ambil jurusan apa sekali pun, tak semestinya kena kerja sama selepas keluar dari universiti. Kalau ia berlaku, it's okay

ARIFF FADHLAN AMIN

"Bisnes baju merupakan salah satu perkara yang saya lakukan sekarang. Selepas berhenti kerja sebagai pensyarah, saya membuat kerja-kerja freelance dalam rekaan grafik.

"Ini adalah pendapatan utama saya, dari rekaan ilustrasi, kulit buku kepada poster. Mungkin ramai ingat saya hanya jual baju saja, tapi kerjaya saya adalah pereka grafik," ujarnya.

jual baju budak 2

Ariff ketika bergelar pensyarah.

Bukan sekadar menjual baju kanak-kanak semata-mata, Ariff menjelaskan dia membangunkan sendiri rekaan untuk pakaian yang dihasilkan.

"Kita belajar atau ambil jurusan apa sekali pun, tak semestinya kena kerja sama selepas keluar dari universiti. Dan kalau ia berlaku, it's okay.

"Hanya kerana saya belajar arkitek di luar negara dan sekarang buat bisnes, saya dikata tak guna ilmu masa belajar dulu. Dia ingat buat bisnes tak perlu pandai ke?" soalnya.

jual baju budak 4

Antara baju kanak-kanak yang dihasilkan.

Mungkin dilihat sekadar baju kanak-kanak oleh segelintir pihak, bapa kepada dua cahaya mata itu menjelaskan bahawa terdapat pengisian bermakna dalam menghasilkan rekaan.

"Baju kanak-kanak mungkin dari segi rekaannya, tapi saya meletakkan value atau nilai dalam dalam rekaan. Saya manifestasikan content itu dalam bentuk visual bermakna.

"Dan ini memerlukan kebijaksanaan. Bila saya design baju, mungkin tak sama dengan rekaan biasa-biasa kerana setiap rekaan ada mesej dan pengisian," tambah Ariff.

jual baju budak 3

Ariff bersama karya seninya.

Kenapa memilih baju kanak-kanak merupakan antara soalan yang sering diajukan kepadanya apabila menceburi bisnes pakaian.

"Orang banyak beli baju kanak-kanak sebab budak-budak cepat membesar dan saiz berubah-ubah. Senang nak dapat repeat customer, ini juga dinamakan kebijaksanaan.

"Kerana saiz yang kecil, kos nak buat baju juga lebih murah. Senang nak pusing balik modal. Jadi, nak berniaga tetap memerlukan kepandaian dan ilmu," kata Ariff yang merancang untuk mengembangkan pasaran kepada pelanggan dewasa menjelang pertengahan tahun ini.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

Harry Maguire jadi sasaran Chelsea