KETIKA ini penularan jangkitan positif Covid-19 masih belum reda, justeru kerajaan menggalakkan setiap individu yang layak agar menerima suntikan vaksin sebagai langkah pencegahan lebih-lebih lagi apabila jumlah kes terus merekodkan peningkatan ketara. Bukan sahaja golongan dewasa, bahkan kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas dan individu yang dikategorikan sebagai insan kelainan upaya (OKU) atau anak istimewa turut disarankan menerima suntikan vaksin. Dalam satu perkongsian di aplikasi TikTok, seorang wanita berkongsi momen membawa adiknya yang didiagnos autisme untuk menerima suntikan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di ibu negara. ARTIKEL BERKAITAN: Periksa selalu gagal tapi pemuda autisme ini tak putus asa, tetap mahu bergelar doktor... paling utama nak cari penawar penyakitnya ! ARTIKEL BERKAITAN: Tujuh tahun berlalu, suatu malam anak autisme ajak ibu saudara ke kubur ibunya hanya untuk peluk nisan - “Kenapa umi meninggal?” Menerusi video berkenaan, kelihatan adik lelakinya tenang dan memberi kerjasama baik dengan beberapa petugas turut memainkan peranan bagi memastikan kelancaran sewaktu proses vaksinasi. Berkongsi cerita dengan mStar, wanita yang lebih senang dikenali sebagai Qiqi Zamre berkata adik lelakinya, Amar Daniel, 23, pada mulanya sedikit terkejut ketika kali pertama dibawa ke PPV Axiata Area, Bukit Jalil sewaktu temu janji untuk dos pertama. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Amar dah lama tak keluar... sebelum ini sekadar keluar sekali sekala dan duduk dalam kereta untuk membungkus makanan sahaja. Tapi kali ini dia tengok ramai orang. Waktu temu janji dos pertama, dia macam terkejut dan mula tarik-tarik baju ibu nak ajak keluar dari situ. "Petugas di situ yang dah perasan cepat-cepat handle situasi dan segera bawanya ke satu bilik khas. Kalau orang normal, kita kena lalui banyak prosedur sebelum disuntik, tapi kes Amar, dia disuntik dulu kemudian barulah buat proses lain. Amar bersama ibunya. "Ketika temu janji dos kedua baru-baru ini, Amar macam dah boleh ingat tempat tu dan dia tak terkejut macam kali pertama. Petugas memang cekap handle situasi. Sebelum suntik, mereka berbual, siap buat video call dengan rakan mereka untuk drag perhatian Amar. "Alhamdulillah, kedua-duanya berjalan dengan lancar dan Amar senang untuk dihandle. Lepas selesai cucuk, kami bawa dia beli ayam goreng KFC kegemaran sebagai token. Memang dia cukup happy asalkan dapat makanan kegemarannya," cerita wanita berusia 24 tahun ini. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Menurut Qiqi, selain dia dan ibu, mereka turut disertai abang dan dua saudara lelaki sewaktu kedua-dua temu janji vaksinasi Amar sebagai langkah persediaan sekiranya Amar bertindak di luar jangkaan. Bercerita mengenai keadaan Amar selepas menerima suntikan, Qiqi berkata adik lelakinya tidak mengalami kesan sampingan yang ketara. Kadang-kadang orang yang tak ada ahli keluarga istimewa atau kurang pendedahan, mereka pasti akan pandang-pandang dan rasa pelik tengok kita. QIQI ZAMRE KAKAK "Ketika suntikan dos pertama dia okay sahaja. Cuma selepas suntikan dos kedua, badannya agak dedar sikit. Amar juga tantrum sedikit mungkin tak selesa... tapi selepas bagi mandi, rehat dan dapat KFC, dia okay dah," ceritanya sambil ketawa kecil. Berkongsi serba sedikit mengenai perwatakan Amar, Qiqi yang merupakan anak keempat daripada lapan adik beradik berkata, adik lelakinya itu merupakan seorang yang manja. "Amar tak mampu bertutur dengan sempurna. Dia boleh bertutur ayat yang dia biasa guna atau beberapa perkataan ringkas sahaja. Kalau cakap pasal talent, Amar ni suka menyanyi. Lagu Raihan atau Haqiem Rusli adalah kegemarannya. "Kalau sesekali bawa dia keluar ronda-ronda, pasang je lagu-lagu kegemarannya dalam kereta... mesti mood dia okay dan tenang," ceritanya yang menetap di Setapak, Kuala Lumpur. Amar mengikuti sesi terapi kuda sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menurut Qiqi lagi, dia sekadar memuat naik video mengenai adiknya di media sosial sebagai perkongsian pengalaman dan dalam masa yang sama mahu memberi kesedaran kepada masyarakat. "Ramai juga yang komen beritahu mereka juga ada ahli keluarga istimewa. Bagi mereka yang juga ada ahli keluarga istimewa, apa yang penting adalah sikap sabar sahaja. "Kadang-kadang orang yang tak ada ahli keluarga istimewa atau kurang pendedahan, mereka pasti akan pandang-pandang dan rasa pelik tengok kita. "Apa yang boleh dilakukan, mungkin anda boleh hulurkan pertolongan atau sekadar alert dengan situasi tersebut... janganlah cepat judge atau sekadar pandang sahaja,"katanya lagi. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!