suria

Ibu tunggal usia 24 tahun dikritik nampak tua, tapi ramai je mesej nak berkenalan! - “Yang penting tak over, sejuk mata memandang”

Nurul Ilyana tidak mengambil hati apabila netizen membandingkan wajahnya yang kelihatan lebih matang berbanding usia sebenar.

NIATNYA memuat naik video di TikTok untuk mempromosikan perniagaan, namun lain pula respon yang diberikan oleh netizen.

Terdahulu menerusi satu video di aplikasi berkenaan, Nurul Ilyana Zulhuda berkongsi mengenai butik pakaian dan spa yang baru dibukanya serta serba sedikit perkongsian mengenai dirinya termasuk status dan umur.

"24 tahun tapi wajah 45 tahun," demikian antara salah satu komen yang ditinggalkan oleh netizen pada video tersebut yang sehingga kini meraih lebih 520,000 jumlah tontonan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak hirau komen body shaming di TikTok, siswa Upsi akui suka tonjol diri untuk tarik pelanggan - “Ramai juga minta petua”

ARTIKEL BERKAITAN: Wow, yakinnya kamu! Model plus size hanya fikir sayang diri sendiri, dah tak peduli pasal body shaming - “Terpulanglah kepada mulut mereka”

Berkongsi cerita dengan mStar, ahli perniagaan berkenaan berkata dia secara jujurnya terkejut apabila menerima komen sedemikian daripada netizen yang berani membandingkan umur dengan wajahnya.

"Saya sebenarnya baru berjinak-jinak menggunakan TikTok untuk tujuan marketing bisnes butik dan spa saya. Baru saja beberapa bulan buka, itu pun rakan yang ajarkan.

"Tiba-tiba dapat komen yang tiada kena mengena. Pada mulanya saya sangka mereka nak komen mengenai status, tapi lain pula yang mereka bangkitkan. Ada kata saya 'cucuk' pada wajah.

"Saya enggan menjawab lebih-lebih dan panjangkan cerita. Namun sejujurnya, saya tak kisah atau ambil hati. Saya terima dengan hati terbuka kerana inilah diri saya... saya selesa dengan penampilan ini," ujar ibu tunggal kepada seorang cahaya mata lelaki berusia empat tahun ini.



Nurul Ilyana merupakan seorang pemilik butik dan spa.

Tambah Nurul Ilyana, dia sudah biasa dengan tanggapan orang terutama pelanggannya yang sama sekali tidak menyangka usia sebenarnya adalah 24 tahun kerana sering berpenampilan lebih matang.

"Pelanggan yang pernah jumpa saya biasanya sangka umur saya 30an... tapi dekat TikTok, netizen sangka umur 40an. Tak apalah, mereka yang komen macam tu sebab mereka tak kenal dan lihat saya depan-depan," ujarnya.



Nurul Ilyana turut menyediakan perkhidmatan mak andam.

Bercerita lebih lanjut, Nurul Ilyana berkata dia selesa memilih penampilan seperti seorang wanita matang, sesuai dengan imejnya sebagai seorang ahli perniagaan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Dari sekolah lagi saya sebati dengan berniaga. Bermula dengan buat dropship, kemudian buat mobile spa, kemudian bisnes makanan, sehinggalah sekarang buka butik dan spa di Balok, Kuantan.

"Bagi saya, penampilan ini seiring dengan kerjaya... dan orang pun akan respect. Yang penting tak over dan sejuk mata memandang.

Pelanggan yang pernah jumpa saya biasanya sangka umur saya 30an... tapi dekat TikTok, netizen sangka umur 40an.

NURUL ILYANA ZULHUDA

"Kalau ada yang tegur wajah pula, saya hanya mengenakan solekan yang nipis sahaja. Saya pun merupakan seorang mak andam, tapi tak adalah nak pakai mekap tebal-tebal," katanya.

Sungguhpun menerima kritikan berkaitan usia sehingga menjadi viral, Nurul Ilyana mendedahkan selain pengikut di laman TikTok dan Instagram bertambah, dia turut menerima banyak panggilan dan mesej daripada individu yang mahu berkenalan.



Wanita ini merupakan ibu tunggal kepada seorang cahaya mata lelaki berusia empat tahun.

"Saya hanya respons mesej berkaitan dengan bisnes sahaja. Belum lagi fikir ke arah itu, tumpuan utama nak kukuhkan bisnes dan besarkan anak tunggal," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, wanita ini juga menitipkan mesej kepada orang luar agar tidak sewenang-wenangnya melontarkan kritikan terhadap penampilan seseorang.

"Bagi saya, tak perlu nak pertikaikan seseorang. Lebih teruk kalau usia tua, tapi berpenampilan lagak orang muda pula. Biarlah kita bijak sepadankan penampilan asalkan tidak timbulkan fitnah serta sedap mata memandang," ujarnya lagi

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Moyes dedah sebab tidak sambar Lingard