suria

Balik 3 bulan ke Jawa Timur, majikan tergamam dapat tahu bibik pulang ke negeri abadi... tinggalkan memori manis bersama keluarga - “Berat hati nak beritahu anak”

Anak-anak Haryati cukup rapat dengan bibik mereka yang sudah dianggap seperti keluarga sendiri sejak tujuh tahun lalu.

TUJUH tahun bersama, kini semuanya tinggal kenangan.

Malah, hati keluarga ini bagaikan sukar untuk menerima hakikat bahawa pembantu rumah kesayangan mereka yang berasal dari Jawa Timur, Indonesia, sudah pergi buat selamanya.

Menurut Haryati Ahmad, 38, lima cahaya matanya cukup rapat dengan wanita itu yang dikenali sebagai Misnah dan sudah dianggap seperti saudara sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Malang nasib Bibik Sulami, dilanggar motor selepas kematian suami... dah sembuh tak boleh keluar wad pula

ARTIKEL BERKAITAN: Kereta tersadai, penyapu aunty cleaner jadi ‘mangsa’! Sampah, daun kering di hentian tepi highway habis disapu wanita ini

Ketika dihubungi mStar, dia yang mesra disapa Haryati sempat mengimbas semula kisah pembantu rumah itu sepanjang bersama dengan mereka sekeluarga.

"Dia merupakan bibik saya yang kelima. Dia yang paling lama dengan kami. Rezeki, Allah temukan kami dengan dia. Dia memang sangat baik dan ikhlas.

"Ada satu hari tu kami baru tahu dia ada diabetes. Dia kena percikan minyak panas, tapi keadaan tak baik-baik. Bila bawa ke doktor, dapat tahu bacaannya sangat tinggi. Sejak itu dia on off sakit.

"Kemudian bibik balik ke Indonesia 10 hari sebelum puasa. Saya dah pesan jangan lupa makan ubat. Selepas balik ke sana, kami tak dapat call dia sehinggalah dimaklumkan adiknya bahawa bibik sudah meninggal sekitar minggu lepas," ujarnya.

Keluarga Haryati juga sering beraya bersama dengan arwah (kanan) sepanjang khidmatnya selama tujuh tahun.

Menurut guru Bahasa Inggeris yang menetap di Puncak Alam, Shah Alam, Selangor itu, sukar untuk dia menggambarkan rasa sedih yang terbuku di hati.

Bercuti atau balik beraya di kampung pun akan bawa bibik. Memang hubungan macam keluarga.

HARYATI

Malah, terlalu banyak kenangan antara mereka sepanjang tujuh tahun termasuklah juadah-juadah enaknya yang kini tinggal sebagai kenangan.

"Saya tak percaya bila dimaklumkan bibik meninggal, sebab cepat sangat. Dia sepatutnya balik ke sana tiga bulan dan akan ke Malaysia semula, tapi dia sudah balik untuk selamanya.

"Malam saya dapat tahu dia meninggal, saya tak boleh tidur. Dia dah macam mak, kalau penat saya mengadu kepada bibik.

"Saya pun berat hati apabila kena maklumkan pada anak-anak. Yang kecil mereka tak faham lagi asyik tanya mengenai bibik.

Mereka sekeluarga sedih dengan pemergian Misnah yang sudah dianggap seperti saudara sendiri.

"Saya memang tak pernah tinggalkan bibik, bercuti atau balik beraya di kampung pun akan bawa bibik. Memang hubungan macam keluarga.

"Saya teringat sambal gesek yang dia selalu buat. Anak-anak pula suka ikan pekasam goreng dengan bawang yang dimasak oleh bibik. Paling ingat, dia masak nasi lemak sangat sedap, kalah orang kita," imbasnya sebak.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Kata Haryati yang juga usahawan pakaian, dia juga melarang anak-anaknya meminta-minta bantuan arwah untuk melakukan kerja-kerja dalam rumah.

"Saya ajar anak hormat bibik. Saya marah kalau anak-anak arahkan bibik untuk ambil apa-apa. Sebelum ni kalau ada urusan perniagaan dan memerlukan saya ke luar negara, bibik boleh jaga anak-anak saya.

Misnah pulang ke Jawa Timur 10 hari sebelum Ramadan sebelum dikhabarkan meninggal dunia hampir sebulan kemudian.

"Lepas ni susahlah untuk saya. Tak tahu siapa nak jaga dan tengok-tengokkan anak saya yang berusia lima hingga 15 tahun," ujarnya yang sudah 12 tahun berkhidmat dalam bidang perguruan.

Dalam pada itu, Haryati turut berkongsi bingkisan video penuh kenangan dan emosi bersama Allahyarham pembantu rumahnya.

Video itu tular di aplikasi TikTok dan turut dihujani komen-komen netizen yang menzahirkan rasa sedih dan kiriman ucapan takziah.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain