suria

Setengah juta tontonan di TikTok untuk video burger cheese tarik, pemuda ini dicari! - “Sebelum ni saya ada 30 followers saja”

Amin merancang untuk membuka gerai burger kedua tak lama lagi.

ADUH, tiba-tiba rasa lapar.

Menonton video proses penghasilan burger cheese tarik di aplikasi TikTok, rasa 'mengidam' tiba-tiba membuak dalam diri.

Malah, ramai netizen turut berpandangan sama sehingga video itu dihujani pelbagai komen dan meraih hampir setengah juta tontonan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh! Pemilik bisnes burger bongkar aktiviti haram di Sungai Buloh... rupa-rupanya lelaki berjanggut ini banyak bantu orang susah, siap sediakan tempat tinggal

ARTIKEL BERKAITAN: Satu dunia kecoh pandemik, ‘muncul’ Spider-Man selamatkan sebuah gerai burger - “Terbaharu PKPB pula, tak tahulah nasib saya”

Menurut pemilik video, Badrun Amin Mohd Fuzi, 24, dia sebelum ini berkecimpung dalam bidang lain sebelum menukar haluan kerjaya sebagai peniaga burger pada tahun 2019.

"Sebelum ini saya kerja servis aircond. Tapi bermula 2019 saya berhenti kerja dan mula jual burger. Saya memang dah lama minat nak berniaga.

"Alhamdulillah tak pernah menyesal berhenti kerja yang dulu. Adat berniaga, ada naik turun. Setakat ini saya gembira, kena dengan minat," ujarnya yang berniaga di Alor Setar, Kedah.

Mesra disapa Amin, dia mengakui teruja apabila video penghasilan burger yang dikongsi di TikTok menerima lebih 400,000 tontonan.

Antara menu yang ditawarkan di gerai burger Amin.

Malah, penangan viral turut membuka pintu rezeki buatnya apabila dia mula menerima pelanggan baharu yang mengenalinya menerusi platform TikTok.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Ketika saya kongsikan video itu, saya ada 30 orang followers saja. Tak sangka tontonan sehingga lebih 400,000.

Tapi sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya buat khidmat penghantaran (COD).

AMIN

"Memang banyak notification masuk. Saya terkejut. Ramai juga yang datang beli, mereka kata kenal saya melalui TikTok.

"Mereka minta nak beli burger yang saya tunjuk kat dalam video viral itu. Yang paling murah RM2.50, paling mahal RM14.

"Saya bersyukur sangat, gembira dengan semua komen. Alhamdulillah setakat ini tiada komen negatif," ujarnya yang kini memiliki lebih 1,000 pengikut di TikTok.

Amin mula berniaga pada tahun 2019.

Selain burger cheese tarik, Amin turut menawarkan burger biasa, chicken grill, zinger tortilla dan burger daging home-made.

Kata anak bongsu daripada enam beradik itu, dia turut mencari kaedah baharu demi meneruskan kelangsungan perniagaan, khususnya ketika negara dilanda pandemik Covid-19.

"Dulu saya jual di gerai saja, pelanggan datang walk-in. Tapi sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya buat khidmat penghantaran (COD).

Burger yang dihasilkan kelihatan cukup menyelerakan.

"Kena pelbagaikan servis kita. Alhamdulillah, kawan-kawan dan keluarga pun bagi sokongan. Ada juga yang tanya nasihat mengenai bisnes, saya kongsi saja apa yang saya tahu," ujarnya.

Kata Amin lagi, dia juga merancang untuk membuka gerai burger kedua tak lama lagi.

Amin rancang kembangkan bisnes tak lama lagi.

Namun, hasrat itu terpaksa ditunda terlebih dahulu memandangkan PKP masih lagi dikuatkuasakan di negara ini.

Untuk rekod, Amin sebelum ini pernah mengikuti pengajian dalam bidang penyelenggaraan pendingin hawa di Institut Kemahiran MARA Sik, Kedah.

Mengakhiri bicara, Amin turut menzahirkan terima kasih kepada semua netizen yang banyak menyokong dirinya di media sosial.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain