suria

Satu dunia kecoh pandemik, ‘muncul’ Spider-Man selamatkan sebuah gerai burger - “Terbaharu PKPB pula, tak tahulah nasib saya”

Azri berniaga burger sejak empat tahun lalu.

CUBA mencari kelainan, seorang peniaga burger tampil mengenakan topeng watak adiwira Spider-Man sejak sebulan yang lalu.

Walaupun gimik sama pernah dilakukan beberapa peniaga lain sebelum ini, Muhammad Fitri Hashim, 24, mengakui ia menjadi simbolik kepada pelitup muka memandangkan Covid-19 sedang melanda seluruh dunia.

Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Fitri mengakui kelainan itu dipamerkan bagi membolehkan perniagaannya yang diusahakan di hadapan rumah di kampung Lembah Jaya Selatan, Ampang, Kuala Lumpur terus dikenali ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bomba tu nak jatuh, disambut pengantin perempuan” - Photoshoot pra-perkahwinan jadi scene filem Spider-Man

ARTIKEL BERKAITAN: Adegan 4 superhero sekat raja sehari meriahkan majlis kahwin, cuaca baik tapi aura pengantin 'tenggelam'! - “Atas pelamin pun penuh tetamu”

"Sekadar mahu mencari kelainan. Saya berniaga dalam kawasan kampung. Jadi saya cuba pakai topeng Spider-Man untuk tarik perhatian pelanggan.

"Ia juga simbolik kepada topeng muka, sebab sekarang tengah musim Covid-19. Saya hanya pakai topeng, tak pakai kostum penuh.

"Bukan apa, sejak kebelakangan ini kecoh kes Covid-19 makin naik, jadi saya risau perniagaan terjejas. Saya cuba kelainan untuk meneruskan kelangsungan perniagaan," katanya.

Gerai burger yang dibuka di depan rumahnya.

Mengulas mengenai pemakaian kopiah pula, Fitri mengakui tidak berniat apa-apa, sebaliknya ia dikenakan kerana baru sahaja selesai mendirikan solat sebelum memulakan perniagaan.

Menurut Fitri, dia memulakan perniagaan burger itu sejak empat tahun lalu dengan dibantu seorang adiknya.

Selain perniagaan burger pada waktu malam, dia turut bekerja sebagai penyelenggara elektrik pada siang hari.

Nasihat saya kepada semua, jangan keluar rumah sembarangan. Kita kena jaga kita.

FITRI

Dalam pada itu, Fitri mengakui turut risau sekiranya rezeki perniagaan terjejas ekoran pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor bermula Rabu ini.

"Berniaga pasti ada pasang surutnya. Ada hari OK, ada hari tak OK. Tambah-tambah sekarang musim hujan.

"Terbaharu, PKPB pula. Tak tahulah nasib saya... terjejas atau tak.

"Nasihat saya kepada semua, jangan keluar rumah sembarangan. Kita kena jaga kita," ujarnya lagi.

Fitri risau PKPB selama dua minggu bermula Rabu ini akan memberi kesan terhadap perniagaannya.

Dalam pada itu, Fitri turut giat berkongsi foto-fotonya yang sedang berniaga burger sambil memakai topeng Spider-Man di laman sosial bagi membuat hebahan khsusunya menarik pelanggan-pelanggan baharu.

Malah katanya, dia optimis dengan rezeki yang sudah ditetapkan untuknya dan berharap pandemik Covid-19 segera berakhir di negara ini.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain