suria

Adegan 4 superhero sekat raja sehari meriahkan majlis kahwin, cuaca baik tapi aura pengantin 'tenggelam'! - “Atas pelamin pun penuh tetamu”

Majlis kahwin di Kota Bharu, Kelantan, Ahad lalu menjadi tular dengan kehadiran empat adiwira. FOTO: Fadhil Aman Ahyat.

KEHADIRAN empat adiwira dalam satu majlis perkahwinan pada Ahad lalu ternyata menarik perhatian ramai sehingga ia tular di laman sosial.

Menurut jurugambar yang bertugas sempena majlis itu, kemunculan empat individu yang menggayakan kostum Spider-Man, Deadpool dan Kamen Rider menambah kemeriahan majlis berkenaan yang berlangsung di Kota Bharu, Kelantan.

Kata Fadhil Aman Ahyat, 30, idea asal dicetuskan oleh abang kepada pengantin lelaki sebelum ia digarap semula olehnya untuk memperkemaskan konsep itu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bomba tu nak jatuh, disambut pengantin perempuan” - Photoshoot pra-perkahwinan jadi scene filem Spider-Man

ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin ‘Hello Kitty’ kahwin, tapi telefon bimbit jurugambar yang ‘hang’

"Abang pengantin sebenarnya ada grup kostum, ada persatuan tersendiri. Dia nak pakai kostum untuk meriahkan majlis.

"Lepas tu saya bagi idea, apa kata tambah beberapa orang lagi. Buat konsep ala-ala superhero sekat pengantin, kalau nak jumpa pengantin kena lalu halangan dahulu," ujarnya kepada mStar.

Kehadiran empat adiwira yang memeriahkan majlis pada Ahad lalu.

Tambah Fadhil lagi, kehadiran empat adiwira itu menyebabkan majlis berlangsung dalam keadaan yang cukup luar biasa.

Malah, kehadiran empat lelaki berkostum itu menjadi tarikan utama sehingga menenggelamkan aura pengantin pada hari itu.

Cuaca sangat baik, saya pun berdebar sebenarnya. Hari tu sehari je tak hujan. Cuaca panas.

FADHIL AMAN AHYAT

JURUGAMBAR

"Sangat teruja, kalah pengantin. Sampai atas pelamin pun penuh dengan tetamu. Ramai yang nak bergambar.

"Sepuluh tahun saya jadi jurugambar, ini kali pertama buat konsep superhero. Pengantin pun ada cakap, tak sangka jadi viral macam ni.

Majlis pasangan Izzul Azzuan dan Syahiera Sabri berlangsung dalam keadaan cukup meriah.

"Mereka kata, tak terlintas pun nak buat macam ni. Pengantin pun gembira dan teruja," katanya lagi.

Selain tular di media sosial, ia turut membuka pintu rezeki buat Fadhil apabila semakin ramai individu yang menghubunginya untuk mendapatkan khidmat fotografi.

Antara foto perkahwinan yang pernah dihasilkan Fadhil sebelum ini.

Sehingga hari ini, dia masih tidak putus-putus menerima kiriman WhatsApp dan panggilan dari Kelantan dan negeri-negeri lain.

Mengulas sesi fotografi pada hari berkenaan, Fadhil juga bersyukur apabila cuaca cukup panas biarpun Kelantan masih lagi dilanda musim tengkujuh.

Fadhil mempunyai 10 tahun pengalaman sebagai jurugambar.

"Cuaca sangat baik, saya pun berdebar sebenarnya. Hari tu sehari je tak hujan. Cuaca panas.

"Kami shoot dari pagi, dalam pukul 11.30 sampai petang. Esoknya shoot outdoor di Pantai Mek Mas," katanya lagi.

Pada Sabtu lalu, Fadhil menjadi jurugambar rasmi untuk pasangan pengantin Izzul Azzuan dan Syahiera Sabri.

Lagi foto sekitar majlis pada Ahad lalu.

Posting berkenaan di Facebook milik Fadhil sehingga hari ini menerima hampir 3,000 tanda suka dan dikongsi lebih 7,500 netizen.

Sepanjang kerjayanya, Fadhil pernah diberi peluang mengambil gambar untuk kerabat diraja Kelantan.

Selain itu, dia juga pernah melakukan photoshoot di Indonesia, Singapura, Jepun, Korea dan beberapa negara lain.

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain