suria

Dari RM600 ke ‘6 angka’! Bergelut kejar target, gadis ini gagahkan diri layan mak beli barang dapur... esoknya terkejut tengok sales - “Ikut hati nak berehat saja”

(kiri) Nordiana mengusahakan bisnes tudung sejak 2014. (kanan) Nordiana bersama ibu dan bapanya. Foto ihsan Nordiana Mohd Nasruddin

SESUNGGUHNYA rezeki Allah itu begitu luas dan kita sebagai hambanya perlu sentiasa berusaha dan tidak berputus asa walaupun terdapat rintangan yang perlu dilalui.

"Semalam belanja mak ayah barang dapur hampir RM600, malam ni Allah ganti dengan jualan enam angka untuk bulan ini dan hari ini baru 10 Oktober.

"Alhamdulillah, apa yang I belajar adalah jangan pernah berkira dengan orang sebab rezeki Allah itu luas," demikian perkongsian seorang gadis di laman Twitter sehingga menjadi tular, diulang kicau lebih 12,000 kali.

ARTIKEL BERKAITAN: Mak suruh belanja 2 makcik cleaner makan, anak turutkan saja tanpa banyak bunyi... tak lama kemudian datang rezeki tak pernah dijangka

ARTIKEL BERKAITAN: Yuran tertangguh malu nak minta mak ayah, nasib baik anak Tuaran ini kreatif... duit jual gelang penyelamat pelajar UPSI

Gadis berkenaan, Nordiana Mohd Nasruddin berkata, dia tidak menyangka posting itu menjadi tular keranabaru pertama kali berkongsi hal berkaitan perbelanjaan ibu bapanya.



Perkongsian Nordiana di laman sosial menjadi tular.

Usahawan berusia 23 tahun itu lebih tidak menyangka prestasi jualannya meningkat di luar jangkaan dalam tempoh singkat, jauh melepasi sasaran.

"Sebenarnya setiap bulan ada peruntukan untuk barang dapur selain perbelanjaan lain untuk mak ayah saya. Tak ada perubahan apa-apa pun.

"Cuma minggu sebelumnya saya amat penat kerana terlalu sibuk dengan kerja. Jadi, salah satu sebab perkongsian itu untuk meredakan kepenatan saya," katanya kepada mStar.



Sesi penggambaran untuk koleksi tudung baharu.

Nordiana yang mengusahakan bisnes tudung sejak 2014 berkata, seperti mana-mana perniagaan lain sudah tentu dia meletakkan sasaran jualan yang perlu dicapai setiap bulan.

"Begitu juga dengan saya, memang ada target yang perlu dicapai. Sejak awal tahun lalu, Alhamdulillah jualan tudung setiap bulan mencecah enam angka.

Saya anggap ini adalah rezeki daripada Allah dan restu daripada mak ayah yang membesarkan saya.

NORDIANA MOHD NASRUDDIN

"Jualan paling tinggi adalah ketika musim hari raya. Tapi kebiasaannya sasaran jualan itu dicapai menjelang akhir bulan," katanya.

Menurut gadis berasal dari Shah Alam itu, antara strategi perniagaannya adalah melancarkan dua koleksi tudung setiap bulan, masing-masing satu pada minggu pertama dan minggu akhir.



Model-model memperagakan koleksi terbaharu.

Justeru, Nordiana menjelaskan bahawa sebahagian besar hasil jualan yang mencecah enam angka itu dipengaruhi oleh pelancaran dua tudung sehingga akhir bulan.

Namun, usahawan yang turut dikenali sebagai Kak Dee itu terkejut apabila jualan tudungnya telah mencapai sasaran pada 9 Oktober, tidak perlu menunggu sehingga hujung bulan.

"Alhamdulillah, saya bersyukur dan anggap ini adalah rezeki daripada Allah dan restu daripada mak ayah yang membesarkan saya," ujar anak ketiga daripada lima beradik itu.

Mengulas lanjut mengenai kisah di sebalik kejutan itu, Nor Diana berkata, dia bersama rakan sepasukannya mengadakan sesi penggambaran untuk koleksi tudungnya sehari sebelum dia membawa ibunya membeli barang dapur di sebuah pasar raya seperti kebiasaan.



Bisnes Nordiana (tengah) mendapat sokongan ibu bapanya.

"Minggu sebelumnya saya dah sibuk dan sangat penat. Ditambah pula jadual penggambaran untuk tudung baharu maka bertambah penat. Memang rasa nak balik rumah dan berehat saja.

"Esoknya saya bawa mak pergi beli barang dapur. Ikut hati nak berehat saja sebab penat masih tak hilang, tapi saya tetap bawa dia beli barang dan pilih apa saja yang mak nak," ujarnya sambil menambah bahawa bisnes yang diusahakan turut mendapat sokongan ibu bapanya.

Walaupun masih dalam kepenatan, tambah Nordiana, dia cuba menguatkan semangat untuk bekerja keesokan hari kerana pelancaran koleksi tudung minggu pertama perlu diteruskan.

"Selesai semuanya masih penat tapi bila malam tu tengok jualan cecah enam angka sedangkan baru 9 Oktober, saya meluahkannya di Twitter pada awal pagi 10 Oktober. Syukur Alhamdulillah kerana segala-galanya berbaloi. Rasa penat terus hilang," katanya.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain