suria

Model iklan dedah masalah ‘anxiety disorder’ berkurang selepas dapat job, disamakan dengan Johnny Sins tapi terkejut selepas buat carian namanya di Google!

Foto kiri tangkap layar iklan komersial Rahim, foto kanan Rahim bergiat aktif sebagai model iklan.

TELATAH seorang pemuda menerusi video di aplikasi TikTok menimbulkan tanda-tanya dalam kalangan netizen kerana kebanyakan mereka seperti pernah melihat wajah kacak itu sebelum ini.

Persoalan netizen terjawab sebaik menonton salah satu video yang mendedahkan dirinya melakonkan pelbagai watak dalam 27 iklan komersial di televisyen.

"Patutah familiar."

ARTIKEL BERKAITAN: Aktif berborak di TikTok, followers sedar jejaka mix Melayu-Itali ini ada persamaan dengan Syamsul Yusof - "Rasa kelakar bila ramai tak percaya"

ARTIKEL BERKAITAN: Wajah mirip Nora Danish, tapi idolanya Neelofa... jangan tanya tentang rawatan veneer kepada gadis ini - "Gigi saya memang panjang"

"Eh abang iklan. Senyuman tu mahal."

"Boleh challenge dengan Johnny Sins," demikian antara komen-komen netizen.

Pemuda berkenaan, Abdul Rahim Hasnan berkata, dia mula berkecimpung dalam iklan komersial sejak 2017 sebelum bergiat aktif dan sepenuh masa dua tahun kemudian.

Model berusia 28 tahun itu memberitahu, dia menyukai kerjaya tersebut kerana tidak perlu terikat dengan waktu pejabat selain dapat menunjukkan bakatnya dalam bidang lakonan.

"Job iklan pertama saya pada November 2017 untuk produk penyaman udara. Tapi sebelum itu, sebanyak 20 casting saya dah pergi tapi tak ada rezeki.

"Dari Disember 2017 hingga Ogos 2019 pula tak ada job iklan sebab pergi casting, tapi banyak kali tak dapat. Ikutkan nak give up masa tu," katanya kepada mStar.



Rahim berlakon dalam iklan Acson.

Lebih mesra disapa Rahim, dia bagaimanapun mendedahkan pernah mengalami anxiety disorder atau masalah keresahan sejak belajar di universiti pada 2015.

"Masa tu saya selalu takut nak buat presentation (pembentangan). Pada masa tu anxiety disorder memberi impak dalam kehidupan harian saya.

Disebabkan saya dapat job iklan walaupun ada anxiety disorder, inilah yang memberi semangat kepada saya. Walaupun ada rintangan dalam hidup, sesuatu masih boleh dapat dicapai

RAHIM

"Ambil masa dua hingga tiga tahun untuk kembali menjalani rutin harian seperti biasa. Saya masih mengalaminya sekarang tetapi terkawal.

"Tapi disebabkan saya dapat job iklan walaupun ada anxiety disorder, inilah yang memberi semangat kepada saya. Walaupun ada rintangan dalam hidup, sesuatu masih boleh dapat dicapai," ujarnya yang sebelum ini mempunyai pengalaman bekerja di sebuah firma perakaunan di Ampang, Selangor sebelum aktif menjadi model iklan pada 2019.



Melakokan watak sebagai pekerja stesen minyak.

Antara iklan yang pernah disertainya adalah Malaysia Airlines, Farm Fresh, RHB Group, A&W, Domino’s Pizza, Acson, Samsung, Watsons dan Setel.

Dalam pada itu, anak muda yang berasal dari Kuala Lumpur itu tidak menyangka menerima pelbagai reaksi dan pandangan netizen susulan video-video iklan yang dikongsi di TikTok.

Rahim berkata, antara komen yang diterimanya apabila wajahnya dikatakan mirip pelakon dari Thailand yang membintangi filem Friend Zone, Naphat Siangsomboon.



Ketika penggambaran sebuah iklan produk tenusu.

Namun, anak kedua daripada sembilan beradik itu terkejut apabila dirinya turut disamakan dengan aktor pornografi dari Amerika Syarikat, Johnny Sins.

"Pada mulanya saya tak tahu siapa Johnny Sins, tapi kemudian saya buat semakan di carian Google mengenai pelakon ini. Ya. Dia pelakon filem porno yang terkenal dengan pelbagai karakter yang dibawanya seperti doktor, polis, angkasawan dan anggota bomba.

"Rasa kelakar bila disamakan dengan pelakon porno, sampai ke tahap itu netizen buat persamaan. Tapi saya ambil yang positif berdasarkan kepelbagaian watak yang saya bawa dalam iklan-iklan seperti jurujual kereta, penumpang dalam pesawat, tukang pam minyak, pemain bola sepak dan tukang perah susu lembu," katanya yang kini mengusahakan bisnes acara dan homestay bersama rakan niaga, selain menjual produk kecantikan.



Kelainan yang ditampilkan Rahim dalam penggambaran sebuah iklan.

Menurut penyokong kelab Manchester United dan bintang bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo itu, dia turut mahu mengembangkan bakat dalam bidang lakonan.

"Saya mahu mencuba nasib berlakon dalam drama dan filem, genre aksi sekiranya diberikan peluang. Saya kagum dengan lakonan pelakon Malaysia, Zul Ariffin termasuk pelakon Hollywood, Robert Downey Jr yang melakonkan watak Iron Man, selain The Rock," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain