suria

Ahli MT Umno positif Covid-19

Seorang ahli MKT Umno positif Covid-19. Gambar hiasan

SEORANG pemimpin Umno yang menghadiri mesyuarat parti itu di Institut Latihan Memperkasakan Ilmu (ILMU) Janda Baik, Pahang pada Jumaat lalu dilaporkan positif Covid-19, lapor Astro Awani.

Menurut portal itu, difahamkan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) berkenaan merupakan pemimpin kanan Umno Bahagian di Selangor.

Susulan itu, beberapa pemimpin tertinggi Umno yang turut menghadiri mesyuarat tersebut dikatakan melakukan ujian saringan Covid-19 sejurus mendapat khabar berkenaan.

Pegawai khas kepada seorang menteri Kabinet bergelar Datuk Seri berkata, bosnya segera membuat ujian saringan keesokan harinya selepas mendapat berita berkenaan.

"Benar, Datuk Seri hadir pada mesyuarat itu. Esoknya terus beliau buat ujian calitan (swab)," katanya.

Dia bagaimanapun enggan mendedahkan nama pemimpin yang dikatakan positif virus tersebut.

Antara pemimpin yang menghadiri mesyuarat itu ialah Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan; Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Setiausaha Agung, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain