suria

Warung sepi tanpa pelanggan sejak PKP, ibu mesej dapat RM20 je... siapa sangka kuasa viral ubah nasib menjelang 2021 - "Buka gerai sebab pendapatan makin kurang"

Sabrina (tudung coklat) bersama kedua ibu bapanya.

SEORANG gadis gagal menyembunyikan rasa pilu apabila warung yang diusahakan ibu bapanya sepi tanpa pelanggan.

Menurut Nur Sabrina, 20, warung itu dibuka oleh bapanya, Idham Qhalid Hashim, 49, dan ibunya, Maisyarah Bactiar, 45, di hadapan rumah mereka di Kampung Melayu Subang, Shah Alam, Selangor sejak pertengahan tahun ini.

Ia gara-gara mata pencarian bapanya yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Berbulan kumpul duit jual nasi kukus, rungutan bapa dorong pemuda buat kejutan beri iPhone 12... next mahu hadiahkan Mercedes-Benz

ARTIKEL BERKAITAN: Sebak tengok mak ayah jual jagung sampai tertidur, pelajar menangis tulis tweet sebelum viral - “I know i'm not tweet famous”

Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Sabrina sempat mengimbas kecekalan ibu bapanya yang saban hari tak jemu-jemu menunggu kehadiran pelanggan.

"Kami buka kedai ni selepas pendapatan ayah terjejas masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ayah kerja 15 hari, cuti 15 hari.

Antara mesej yang dihantar bapanya.

"Dia bekerja dengan sebuah syarikat yang membekalkan makanan kepada satu syarikat penerbangan. Sekarang pun dia masih bekerja sebenarnya.

"Kami pun tak plan nak buka warung, tapi pendapatan dah makin kurang. Masa mula-mula pada bulan puasa, kami ambil tempahan nasi ambeng.

Saya sedih sebab mak cakap dari pagi dapat RM20 je.

SABRINA

"Sekarang kami buka untuk sarapan. Waktu malam juga kami buka, ada macam-macam masakan panas," ujarnya.

Namun katanya, pertistiwa pada pagi Rabu yang menyaksikan gerai itu sepi tanpa kehadiran ramai pelanggan membuatkan dia terdetik untuk meluah perasaan di Twitter.

"Pada hari Rabu, saya sedih sebab mak mesej cakap dari pagi dapat RM20 je. Saya tak dapat tolong sebab saya tengah praktikal. Ayah juga ada mesej, bercerita pasal makanan tak habis. Nasi lemak banyak lagi, lontong tak sentuh langsung. Kuih pun banyak.

Warung yang diusahakan keluarga Sabrina dibuka ejak pertengahan tahun ini.

"Sebab tu saya tweet. Luahan perasaan kat Twitter. Tapi tak sangka ramai yang bagi sokongan. Harap ia dapat bantu mak ayah," ujarnya yang juga penuntut Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Bangi.

Menurut Sabrina, dia sama sekali tidak menyangka kuasa tular Twitter akan membawa impak positif buat dia dan keluarga.

Pada Khamis, dia mendedahkan tak henti-henti menerima tempahan nasi lemak, malah kehadiran pelanggan juga bertambah.

Antara menu di warung itu.

"Ada yang mesej minta location kedai lepas tweet tu viral. Memang ada perubahan. Macam sekarang, dari pagi tak berhenti tempahan nasi lemak.

"Mak dan ayah terkejut, ramai yang datang. Saya ada maklumkan mengenai tweet saya. Nampak gembira di wajah mak dan ayah sebab banyak order," ujarnya lagi.

Menurut anak kedua daripada lima beradik itu, dia bersyukur dengan kata-kata semangat serta doa yang dikirimkan buat dia sekeluarga di Twitter.

Malah, besar harapan Sabrina agar perniagaan bapanya itu semakin berkembang maju selepas ini.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain