suria

Last menangis masa dapat SPM 10A, kali ini ayah ‘banjir’ lagi... nyaris kantoi sebelum kejutan kereta baharu menjadi! – “Ayah nak bertenang dulu”

Seorang bapa tidak dapat menahan sebak apabila dikejutkan dengan hadiah berupa sebuah kereta daripada anak-anaknya.

"AKU paling lemah tengok video macam ni, baru je buka dah nangis. Semoga murah rezeki."

Demikian komen seorang netizen berhubung sebuah video seorang bapa tidak dapat menahan sebak apabila menerima kejutan hadiah berupa sebuah kereta Proton Persona daripada anak-anaknya.

Video berdurasi satu minit dan 30 saat yang dikongsikan oleh seorang pemuda menerusi akaun Twitter @haziqsapu menunjukkan dalam keadaan menangis teresak-esak, bapa berkenaan dipeluk oleh salah seorang anak lelakinya untuk menenangkan perasaannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa 'singa' habis kalau marah tapi di sebalik motor macam siput dikata hilang, tiba-tiba abah sebak "Banyak masa abah hanya di jalan sebab nak cari rezeki"

ARTIKEL BERKAITAN: Pelan awal tak menjadi, kereta ibu mentua buat hal lagi,"Mak jangan panggil pomen ya, tunggu kami datang"

Pemuda berkenaan, Haziq Safwan Norzaman berkata, kejutan buat bapanya itu dibuat di kediaman keluarganya di Ipoh, Perak pada Sabtu.



Abang dan ibu Haziq cuba menenangkan bapanya.

Haziq yang berusia 24 tahun memberitahu, dia bagaimanapun tidak menyangka bapanya mengalirkan air mata sewaktu menerima kejutan tersebut.

"Pertama kali saya tengok ayah menangis sewaktu saya mendapat keputusan 10A dalam SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) kira-kira tujuh tahun lalu.

"Masa saya turun dari pentas di sekolah selepas ambil keputusan SPM, saya nampak mata ayah merah berair ketika buat panggilan telefon dengan nenek saya (kini arwah) untuk berkongsi berita gembira tu. Itulah kali terakhir saya tengok ayah nangis," katanya kepada mStar.



Bapa Haziq merupakan penjual ais krim.

Haziq berkata, keadaan penuh emosi bapanya yang berusia 58 tahun sewaktu menerima hadiah tersebut ternyata membuatkan mereka sekeluarga terharu.

"Saya sendiri pun bergenang air mata masa rakam video. Nasib abang yang peluk ayah tu seorang yang tenang, dan dia cuba menenangkan ayah. Yang lain-lain tak dapat tahan, menangis dah.

Saya sendiri pun bergenang masa rakam video. Nasib abang yang peluk ayah tu seorang yang tenang, dan dia cuba menenangkan ayah. Yang lain-lain tak dapat tahan, menangis dah

HAZIQ SAFWAN NORZAMAN

"Ayah sejak dulu seorang yang tegas dan garang, hanya sejak beberapa tahun kebelakangan ini ayah menjadi lebih ceria dan kelakar," ujarnya sambil menambah bapanya merupakan penjual ais krim.

Menurut anak keenam daripada tujuh beradik itu, rancangan untuk membuat kejutan itu bermula sejak lebih sebulan lalu bersama adik-beradiknya dan ibunya turut ‘berkomplot’ dalam misi tersebut.



Haziq (kanan) bersama bapa (dua, kanan), ibu (dua, kiri) dan kakaknya.

Tambah Haziq, kejutan tersebut sebenarnya bagi menggantikan kereta lama bapa mereka yang tersadai kira-kira setahun lalu kerana rosak dan hadiah itu juga sempena ulang tahun perkahwinan ibu bapa mereka yang ke-33 tahun pada Mac lalu.

"Kami ambil masa lama sebab ia melibatkan proses ansuran bayaran kereta dan permohonan di bank melalui abang di Kuantan, dan saya kebetulan ada pinjam kereta abang semasa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan).

"Kereta untuk ayah baru dapat release beberapa hari lalu dan secara kebetulan ia menjelang Hari Bapa. Saya beri alasan untuk ke Kuantan bagi memulangkan kereta yang dipinjam bersama seorang lagi abang dan seorang adik,

"Ayah mulanya pelik, tanya macam mana kami nak balik semula ke Ipoh. Kami terpaksa beritahu untuk sambung pinjam kereta tu, tapi sebenarnya balik dengan kereta baharu ayah," katanya yang baru menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Perakaunan Kewangan di University of Leeds di United Kingdom.



Keluarga Haziq.

Menurut Haziq lagi, rancangan mereka nyaris terbongkar apabila menghubungi ibu bapanya meminta supaya bersiap-siap untuk sarapan di luar.

"Ye lah, penat memandu dan perjalanan jauh dari Kuantan ke Ipoh, lepas tu keluar untuk sarapan. Bila dah sampai tu yang ayah terkejut sampai menangis.

"Tapi kami memang keluar makan dengan kereta baharu tu dan minta ayah pandu untuk rasmikan. Tapi ayah masih dalam terkejut dan beremosi, minta saya yang drive. Ayah kata dia nak bertenang dulu," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain