suria

Terpikat dengan lagu Nirmala, kemudian penyanyinya... bangsa tak halang bakal guru kongsi video nyanyi lagu Tok Ti - “Mula-mula takut orang kecam”

Kesavan mula meminati Datuk Seri Siti Nurhaliza sejak dua tahun lalu.

SUDAH tidak dapat dinafikan lagi, peminat Datuk Seri Siti Nurhaliza bukan sahaja terdiri daripada orang Melayu, malah merangkumi pelbagai latar belakang bangsa dan negara.

Terbaharu, video seorang lelaki berbangsa India yang cukup fasih menyanyikan lagu penyanyi nombor satu negara itu telah mencuri tumpuan ramai.

Menurut Kesavan A/L Vekraman, 21, dia mula meminati Siti Nurhaliza sejak dua tahun lalu selepas diperkenalkan oleh seorang rakannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sia-sia nama serupa, ibu pula peminat tegar... Siti Nurhaliza dan emak berpeluk terima kejutan Siti Nurhaliza

ARTIKEL BERKAITAN: Inilah masanya! Tiga pramugari cun tonjol bakat buat ‘konsert’, ada yang kata suara mirip Tok Ti - “Meremang sebab cuma kami bertiga, tak pakai minus one”

"Dua tahun lepas ada pertandingan di kolej dan ada senior menyanyikan lagu Nirmala. Jadi saya tanya pada kawan. Itulah kali pertama saya dengar lagu Tok Ti.

"Selepas itu saya terus minat, ia jadi lagu pertama yang saya suka sebelum saya terokai lagu-lagu lain. Saya hafal semua lagu Tok Ti yang terkenal.

"Tetapi saya lebih suka lagu-lagu tradisional seperti Nirmala dan Cindai," ujarnya kepada mStar.

Cindai dan Nirmala antara lagu Siti Nurhaliza yang diminati Kesavan.

Mesra disapa Kesavan, penuntut Insitut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ipoh, Perak itu mengakui agak risau sebelum berkongsi video itu di Twitter.

Namun katanya, dia tidak menyangka akan menerima reaksi positif daripada netizen.

"Saya rakam di rumah, kemudian kongsi di Instagram. Selepas itu kawan suruh muat naik di Twitter.

"Mula-mula agak nervous, takut orang kecam. Tapi semua positif setakat ini," ujarnya yang menetap di Melaka.

Saya lebih suka lagu-lagu tradisional seperti Nirmala dan Cindai.

KESAVAN A/L VEKRAMAN

PENUNTUT IPG

Kata Kesavan, ibunya juga cukup meminati Siti Nurhaliza.

Antara penyanyi tempatan lain yang diminatinya termasuklah Syura, Wani Hasrita dan Ernie Zakri.

Kesavan merupakan penuntut IPG Ipoh, Perak.

Menerusi video tular itu, Kesavan menggunakan filter khas Instagram yang menguji dirinya untuk melengkapkan lirik lagu dendangan Siti Nurhaliza.

Sehingga kini, ia menerima lebih 30,000 tontonan di Twitter.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain