Pemuda kesepian nak awek, tapi strategi tak menjadi sampai ada kata ‘saka’ rakam foto – “Dah ada teman ikut... moga cepat-cepat kahwin”

Seorang pemuda meluahkan dirinya sunyi tanpa teman sehingga terpaksa melakukan aktiviti secara bersendirian. Foto Twitter

RAMAI yang pernah dilanda kesunyian seperti seorang pemuda yang berkongsi luahannya di laman sosial kerana melakukan aktiviti secara bersendirian. 

“Memandu seorang, makan seorang. Bila nak ada pasangan?” tulisnya menerusi perkongsian di laman Twitter sambil memuat naik dua foto dirinya keseorangan.

Namun timbul tanda tanya dalam kalangan netizen mengenai siapa gerangan individu yang merakamkan aksi pemuda yang mengaku kesunyian itu ketika melakukan aktivitinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Seram sejuk rumah terbuka Hari Raya muncul 'tetamu tak diundang', "Rambut mengerbang, duduk atas balang kuih raya"

ARTIKEL BERKAITAN: Padah nak gambar meletop punya pasal... baju pengantin lencun, duit melayang, “Habis banjir laluan ke bilik hotel, sampai bomba datang”

Apatah lagi foto dirinya sedang memandu ‘keseorangan’ dirakamkan dari arah tempat duduk belakang, manakala imej menikmati makanan diambil dari sudut yang lebih tinggi.

Luahan seorang pemuda yang dilanda kesunyian.

“Untunglah ada saka yang pandai ambilkan gambar,” tulis seorang netizen yang merupakan kepada sejenis makhluk halus.

Posting tersebut diulang kicau lebih 42,000 kali dan mendapat lebih 40,000 tanda suka.

Sindiran yang ternyata melucukan menyebabkan kebanyakan netizen turut memberi pandangan masing-masing bagaimana foto tersebut diambil sedangkan pemuda itu bersendirian.

“Kau ambil gambar pakai niat ke macam mana?” soal seorang netizen.

“Ni lah saka 2020, siap boleh ambil gambar lagi,” sindir yang lain.

Sindiran seorang netizen mengenai saka.

“Biar betul kau ni. Tu dah ada teman ikut, hantu selfie. Moga cepat-cepat kahwin,” ujar seorang lelaki yang turut membuat spekulasi selain foto tersebut dirakamkan saka.

Malah, ada yang menjawab teknik dron digunakan sebagai pendekatan tahun baharu untuk mengambil gambar secara bersendirian.

“Pakai dron lah. Kan dah 2020,” katanya.

“Saka tu ada telefon sendiri,” ujar yang lain sambil berkongsi semula foto pemuda tersebut sedang menikmati makanan yang menunjukkan terdapat telefon bimbit di sebelah mangkuk di atas meja.

Telefon bimbit pemuda kesunyian itu di sebelah bekas makanannya.

Malah ada yang memuji berbaur sindiran berikutan foto-foto yang dimuat naik itu kelihatan menarik.

“Saka dia boleh jadi jurugambar. Cantik, saka pandai buat duit sekarang,” katanya.

Namun, ada yang membuat andaian mengenai foto-foto berkenaan dirakamkan menggunakan tripod kamera atau rakaman secara self timer.

Sebahagian komen netizen berhubung gambar pemuda kesunyian.

Segelintir netizen juga berang dengan pemuda berkenaan yang tidak pandai menipu menerusi gambar-gambar yang dimuat naiknya pada posting tersebut.

“Cakap seorang lepas tu siapa ambil gambar? Jangan bodoh bila nak tipu. Anda tidak bijak apabila menipu,” katanya.

“Peliklah aku orang yang mengaku makan seorang tapi ada orang tangkap gambar ni. Nak girlfriend tweet jelah ‘Aku single, asyik keluar dengan member, nak girlfriend please’, mudah kan?” persoalnya sambil memberikan cadangan agar pemuda kesunyian itu berterus-terang.

Artikel Lain