Hanya sejam bernafas! Adik ‘ikut’ abang selepas papa bisikkan azan - “Inilah anugerah terindah buat mama!” - Viral | mStar

Hanya sejam bernafas! Adik ‘ikut’ abang selepas papa bisikkan azan - “Inilah anugerah terindah buat mama!”

Reda, selepas anak sulungnya, Syafi' Ramadhan, kini anak keduanya, Maryam Eiliya pergi meninggalkan pasangan ini.

SEMESTINYA kehadiran cahaya mata antara saat yang dinanti-nantikan oleh pasangan suami isteri hingga tidak lekang dek senyuman di bibir tatkala mengetahui hadirnya malaikat kecil yang menghuni rahim si ibu.

Malah anugerah terindah inilah yang turut dirasai pasangan muda ini sejak kali pertama mendengar degupan jantung si kecil.

ARTIKEL BERKAITAN: “Sekujur tubuh sejuk berkain putih menggantikan skrol ijazah” - Graduan ini kesal pihak hospital lewat maklumkan kematian anak saudara 

Namun begitu, kegembiraan yang dirasai tidak kekal apabila mereka diuji, bukan sekali malah dua kali apabila melalui pengalaman pahit kehilangan insan yang disayangi, kerana zuriat yang dititipkan hanya untuk sementara sahaja.

Maryam Eiliya dilahirkan pada 5 November meninggal selepas satu jam dilahirkan.

Malah kisah sedih ini turut dikongsikan oleh seorang wanita menerusi akaun Facebooknya @Luna Abdullah  pada Selasa hingga menarik perhatian ramai.

Mesra disapa Luna, dia berkata kehilangan cahaya matanya baru-baru ini bukan kali pertama kerana sebelum ini anak sulungnya, Syafi' Ramadhan Syazwan Syahazin turut meninggal dunia tahun lalu ketika usia kandungannya empat bulan.

Kali ini, anak keduanya pula mengikut langkah abangnya ketika usia kandungan mencecah enam bulan dan menghembuskan nafas terakhir selepas satu jam dilahirkan pada 5 November lalu.

Apabila mengimbau kembali kenangan itu, Luna menganggap ia seolah-olah sebuah mimpi ngeri buat dia dan suaminya.

"Hari Isnin (21 Oktober) adalah mimpi ngeri buat mama dan papa. Hari tu kami buat temujanji untuk jalani ujian detail scan bersama doktor pakar di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Oleh kerana adik tidak sihat, dua doktor pakar scan untuk sahkan penyakit adik.

"Ada dua pilihan yang diberikan kepada mama dan papa iaitu jika bersalin awal ataupun bersalin normal jangka hayat adik tidak tahan lama. Mungkin satu jam atau dua jam. Atau paling lama dua hingga tiga hari," luahnya menerusi posting tersebut.

Semangat adik kuat untuk hidup walaupun hanya satu jam. Terima kasih Allah bagi anugerah terindah buat kami. Semoga kesedihan kami pada harini Allah gantikan dengan kebahagiaan pada hari-hari akan mendatang

LUNA ABDULLAH

IBU

Kongsi Luna, sebelum ini bayi dalam kandungannya kelihatan sangat aktif ketika melakukan pemeriksaan bagi mengetahui tahap kesihatan, degupan jantung serta pergerakannya.

Namun, sudah menjadi ketentuan Ilahi apabila pada hari berikutnya ketika pasangan ini datang kembali untuk melakukan pemeriksaan didapati bayi dalam kandungan itu dalam keadaan tidak sihat.

"Lepas dua hari kami datang scan lagi dan dimaklumkan anak saya tidak sihat dan tidak boleh 'disimpan' lama dalam kandungan. Berderai air mata...," luah Luna yang begitu telah menyiapkan pelbagai barang keperluan bayinya itu.

Susulan perkembangan terkini bayinya dan atas persetujuan dia dan suaminya, Luna akhirnya mengambil keputusan untuk bersalin lebih awal seperti yang disarankan doktor demi kebaikan bersama.

"Ini semua untuk kebaikan bersama, untuk kesihatan mama dan tak sanggup nak tengok adik sakit... Bukan senang untuk kami tapi kami kuat... kami hamba Allah, siapa kita nak halang semua ni walaupun memang susah untuk kami terima.

"Siang malam menangis tanpa henti ingatkan keadaan adik. Kami menanti kehadiran adik. Sungguh besar ujian Allah kepada kami," katanya yang sepatutnya melahirkan anak keduanya itu pada 18 Februari tahun depan.

Kebahagiaan sementara yang dirasai oleh pasangan ini.

"Mama dan papa sangat sedih, hanya Allah saja yang tahu... Kami nampak kuat tapi sebenarnya kami tidak. Adik ialah anugerah terindah mama pernah dapat. Saat-saat bersama adik selama enam bulan dalam kandungan mama takkan pernah dilupakan. Terima kasih ya Allah bagi pinjam adik dalam rahim mama," luah Luna yang sedih mengenangkan kehilangan bayinya.

Tambah wanita ini, dia kemudiannya di masukkan ke hospital pada 3 November lalu bagi menerima rawatan susulan dan bersyukur di atas doa serta kata-kata positif yang diterimanya, akhirnya bayi perempuan dilahirkan secara normal pada 5 November lalu.

"Alhamdulillah, syukur tepat 12.30 tengah hari adik dilahirkan. Doktor ambil adik letak kat dada mama. Ya Allah adik buka mata tengok mama. Sebak sangat masa tu. Comel, putih..." kongsi Luna ketika mengimbau saat bayi keduanya dilahirkan.

Luna dan suami, Syazwan Syahazin reda di atas pemergian anak kedua mereka.

Namun siapa sangka, kegembiraan itu hanya sementara apabila selesai sahaja suaminya mengazankan bayi perempuannya yang diberi nama Maryam Eiliya, anak itu menghembuskan nafas terakhir hanya kira-kira satu jam selepas dilahirkan.

Bagaimanapun, wanita ini bersyukur di atas pinjaman sementara yang dititipkan buat dirinya dan suami.

"Alhamdulillah sempat azankan baby, tapi lepas saja suami azankan, adik hembuskan nafas terakhir...

"Semangat adik kuat untuk hidup walaupun hanya satu jam. Terima kasih Allah bagi anugerah terindah buat kami. Semoga kesedihan kami pada hari ini Allah gantikan dengan kebahagiaan pada hari-hari akan datang," katanya dengan reda atas pemergian anak keduanya.

Jelas Luna, anaknya didiagnosis menghidap anencephaly atau cacat tabung saraf malah ini merupakan satu komplikasi kehamilan yang cukup umum.

bayi , meninggal

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

Artikel Lain