“Jangan jadi hamba gajet!” - Gadis dikecam gelar mak ayah ‘toksik’ kerana tak mampu hadiahkan anak iPhone - Viral | mStar

“Jangan jadi hamba gajet!” - Gadis dikecam gelar mak ayah ‘toksik’ kerana tak mampu hadiahkan anak iPhone

Posting gadis itu yang menjadi tular di Twitter.

KETERLANJURAN kata seorang gadis di laman Twitter ternyata mengundang padah apabila dia teruk dikecam.

Komen gadis itu melabelkan ibu bapa yang tidak memberi hadiah berikutan keputusan cemerlang anak mereka sebagai 'toksik' cukup tidak disenangi netizen.

"Mak bapak toxix can't relate," tulisnya sambil mengulang kicau satu posting mengenai seorang individu yang menerima telefon pintar iPhone 11 atas keputusan cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai cemburu... skrin telefon retak, kawan baik terus belikan iPhone 11 - “Saya tak minta dia beli, dia paksa saya ambil”

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan gimik! Nak bagi satu je, tapi suami beli 9 iPhone 11 Pro suruh isterinya pilih yang paling suka - “Saya sendiri guna enam phone...”

Hasil semakan mStar pada Rabu mendapati akaun Twitter gadis berkenaan gagal ditemui, dipercayai sudah dinyahaktif atau menukar daftar namanya.

Namun, dia berterusan menerima kecaman apabila paparan skrin posting asalnya menjadi perdebatan ramai di laman sosial itu.

Kata netizen, panggilan 'toksik' kepada ibu bapa yang tidak mampu membeli telefon pintar berjenama terkenal buat anak mereka bagaikan satu penghinaan dan cukup biadab.

Malah, segelintir individu turut mencadangkan supaya dia mengumpul wang sendiri dan tidak berharap diberi sebarang hadiah dari kedua orang tuanya.

Posting asal yang tular di Twitter.

"Tolong jangan jadi hamba gajet sampai sanggup menghina ibu bapa yang kurang mampu membeli iPhone pada anak mereka.

"Saya jarang aibkan orang, tapi manusia ini harus dikeji," tulis @XavierNaxa sehingga menerima hampir 3,000 ulang kicau (Retweet).

Selain itu, netizen turut memberi nasihat agar dia mensyukuri nikmat yang diberi.

Malah, gadis itu turut diberi saranan agar lebih menghargai apa yang ada di depan mata kerana setiap ibu bapa memiliki kemampuan yang berbeza-beza.

"Mak bapak toksik tu la yang sediakan makan minum cukup. Hantar pergi sekolah untuk jadi bijak. Nak iPhone ke, PS4 ke, motor baru sekalipun kena usaha sendiri la cari duit.

Tolong jangan jadi hamba gajet sampai sanggup menghina ibu bapa yang kurang mampu membeli iPhone pada anak mereka.

@xaviernaxa

PELAYAR TWITTER

"Walaupun maksud kau lain dik, tak perlu la tweet macam ni untuk mengelakkan salah faham. Kita semua dilahirkan dalam keluarga yang berbeza. Publisiti murahan.

"Ibu bapa saya tak pernah belikan saya telefon, adakah mereka toksik?

"Aku tak tahu apa perasaan mak bapak dia kalau baca tweet dia ni. Aku baca pun rasa kesian," tulis beberapa netizen.

Terdahulu, seorang gadis dikenali @dzubaharuddin memuat naik foto dia menerima iPhone 11 pemberian ibunya.

Model iPhone 11 keluaran Apple yang menjadi kegilaan ramai.

"Kata ibu, hadiah sempena result SPM yang membanggakan.

"SPM 2017, akhir 2019 baru dapat, sebab tu ia berharga. Tak macam anak orang kaya lain but setiap keperluan anak-anak ibu abah tunaikan," tulis gadis itu.

Ia kemudiannya dikongsi semula gadis berkenaan yang menggelarkan ibu bapa yang tidak berbuat sedemikian sebagai toksik sebelum ia pantas menjadi tular.

iPhone 11 , keputusan SPM , ibu bapa toksik , anak

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain