suria

“Maaf... ini semua kecuaian, salah Syed seorang” - Abang menteri jawab isu foto wanita celah kangkang

Dua foto yang didakwa mirip Syed Abdullah termasuk salah satunya bersama pelakon Emma Maembong tular di media sosial sejak Isnin.

EKORAN dua foto didakwa bersama seorang wanita duduk di celah kangkang termasuk imej membabitkan pelakon Emma Maembong tular di media sosial, Syed Abdullah Syed Abdul Rahman yang juga abang Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq tampil membuat permohonan maaf.

Jejaka berusia 30 tahun itu meminta kesalahannya itu dijadikan sebagai teladan buat anak-anak muda agar perkara tersebut tidak berlaku kepada diri masing-masing.

"Saya minta maaf sangat di atas kekecohan yang saya timbulkan dan mereka yang menerima kesannya. Ini semua salah Syed dan kecuaian Syed seorang.

"Jangan lah hubung kait kesilapan Syed dengan keluarga dan rakan-rakan. Biar lah saya hadapi sendiri kesilapan ini. Biar saya terima akibatnya, hadapi hukumannya," katanya menerusi perkongsian status di akaun Instagramnya @syedabdullah1989 pada malam Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: “I am sorry” - Emma Maembong mengaku buka tudung tapi nafi foto celah kangkang abang menteri

Mengakui ia merupakan hari yang sukar buat dirinya dan keluarga, katanya, dugaan yang dilaluinya hanyalah sebahagian daripada tuduhan terhadapnya yang bakal dihadapi secara berterusan.

"Bagi mereka yang benar-benar mengenali saya, terima kasih kerana berada di sisi saya, menghantar mesej dan mengingatkan saya supaya menjadi kuat.

"Kepada rakyat Malaysia, terima kasih di atas nasihat dan sokongan moral anda. Saya akan mengambil kritikan anda secara positif dan berjanji untuk memperbaiki diri sebagai seorang individu," katanya sambil menambah sebagai manusia, dia bukan sempurna dan cenderung untuk melakukan kesilapan.

Syed Abdullah membuat permohonan maaf di akaun Instagramnya.

Namun Syed Abdullah turut menyampaikan pesanan kepada pihak yang menyebarkan khabar angin membabitkan dirinya.

"Saya lebih kuat dan belajar daripada kesilapan saya. Hubungan antara keluarga saya, adik-beradik dan sahabat tetap utuh meskipun dilempar dengan pelbagai tuduhan," katanya.

Pada pagi Isnin telah dikejutkan dengan dua foto tidak bertudung dipercayai Emma Maembong bersama seorang lelaki mirip Syed Abdullah dengan salah satu imej dilihat sedang menikmati makan malam, menjadi perhatian netizen.

Emma kemudian tampil mengakui foto tidak berhijab itu merupakan foto yang dirakamnya baru-baru ini tetapi menafikan dia adalah individu dalam  foto di celah kangkang lelaki terbabit.

"Manusia sentiasa buat silapkan. Saya minta maaf, tapi gambar dalam bilik itu bukan, rambut pun tak sama. Maaf sekali lagi," kata Emma

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain