suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tun Laila kini bergelar isteri Timbalan Pendakwa Raya, terima mas kahwin RM13,800

Tun Laila mendirikan rumah tangga pada 8 November.

PEMPENGARUH media sosial yang juga peguam, Tun Laila selamat diijabkabulkan bersama jejaka pilihannya, Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amir Haiqal.

Majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Subang Bestari pada Sabtu sekitar pukul 10 pagi, itu disempurnakan sendiri oleh bapanya.

Menerusi siaran langsung di TikTok, Tun Laila tampil manis dengan busana pengantin bertemakan biru lembut.

Pengantin perempuan turut menerima RM13,800 sebagai mas kahwin dengan tujuh dulang hantaran.

Sebelum ini Tun Laila berkongsi momen pertunangan bersama Amir Haiqal dalam satu majlis tertutup pada 10 Mei.

Artikel Lain