suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zara Qairina sudah lama jadi sasaran pelajar senior - Saksi

Zara Qairina meninggal dunia pada 17 Julai lalu.

SIASATAN inkues kematian pelajar tingkatan satu, Zara Qairina Mahathir mendedahkan bahawa mangsa telah lama menjadi sasaran sekumpulan pelajar senior di sekolah berasrama tempatnya belajar.

Menurut peguam keluarga, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, saksi ke-30 yang juga pelajar asrama sama memaklumkan bahawa Zara sering menjadi perhatian pelajar senior, walaupun dia tidak rapat dengan mereka.

Saksi berkenaan memberi keterangan secara in camera di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu, Sabah pada Isnin. 

Katanya, beberapa saksi lain turut mendengar khabar bahawa pada malam 15 Julai, Zara dibawa masuk ke sebuah bilik asrama dan dimarahi serta dimaki oleh beberapa pelajar lain berhubung tuduhan mencuri barang.

“Antara kata-kata yang didengar ialah kau mencuri, kan? Malah beg dan loker Zara turut diperiksa,” katanya.

Saksi turut memaklumkan bahawa beberapa bulan sebelum kejadian, Zara pernah dipanggil ke bilik pelajar senior dan kedengaran dirinya dimarahi. 

Selain itu, dia juga pernah mengadu diganggu oleh pelajar lelaki senior.

Dalam satu insiden, Zara dikatakan meminta bantuan rakannya dengan berkata, 'tolong saya, saya dalam masalah', apabila terserempak dengan pelajar lelaki itu.

Peguam Mohd Syarulnizam hadir bersama pasukannya mewakili ibu Zara, Noraidah Lamat, yang merupakan pihak berkepentingan dalam inkues tersebut.

Zara ditemukan tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolahnya awal pagi 16 Julai, sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) keesokan harinya. -The Star

 

Artikel Lain