SERAMAI 12 rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) disahkan ditahan secara tidak sah oleh tentera Israel selepas kapal mereka dipintas di perairan antarabangsa.Menerusi hantaran mesej kecemasan di akaun Sumud Nusantara Official, kapal Sirius dilaporkan dipintas sekitar pukul 2.03 pagi (waktu Malaysia), pada Khamis sebelum semua penumpang kapal lain ditahan. Beberapa nama terkenal tanah air turut berada dalam senarai mereka yang ditahan, termasuk penyanyi dan pelakon Zizi Kirana, aktivis serta pendakwah Heliza Helmi selain personaliti media sosial Farah Lee. Berikut adalah senarai nama peserta mengikut kapal dinaikiKapal Sirius1. Haikal Abdullah2. Muaz Zainal3. Zulfadhli Khairudin4. Rusydi RamliKapal Hio1. Heliza Helmi2. Nur Hazwani Afiqah HelmiKapal Grande Blu1. Norfarahin Romli (Farah Lee)2. Danish Nazram MuradKapal Huga1. Nur Fazelah Mad Tahil (Zizi Kirana)Kapal Alma1. Iylia Balqis2. Musa Nuwayri3. Sul AidilSelain mereka yang ditahan, lima lagi rakyat Malaysia dilaporkan terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC).Kapal Estrella1. PU Rahmat2. Norhelmi3. Mohd Asmawi4. NorazmanKapal Mikeno1. Nurul Hidayah Mohd Amin (Ardell Aryana)Misi GSF kali ini disertai lebih 500 peserta dari lebih 40 negara, membawa bekalan makanan, ubat-ubatan serta barangan asas ke Gaza. Secara keseluruhan, seramai 23 rakyat Malaysia terlibat dalam misi GSF kali ini.Kehadiran mereka sebagai sukarelawan adalah sebahagian daripada usaha solidariti antarabangsa membawa bantuan untuk rakyat Palestin yang terus terhimpit dengan sekatan rejim Israel.