suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bonda Tengku Permaisuri Selangor meninggal dunia

Perkongsian berita duka pemergian bonda kepada Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, iaitu Hajah Esah Tahar, di Facebook Selangor Royal Office.

BONDA kepada Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin, iaitu Esah Tahar, meninggal dunia pada pagi Ahad.

Menerusi satu kenyataan rasmi di laman Facebook Selangor Royal Office, Allahyarham yang berusia 82 tahun menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.15 pagi di sebuah hospital di Damansara kerana sakit tua.

"Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam selepas solat Zohor. Al-Fatihah," tulis kenyataan itu.

Di ruangan komen, netizen menzahirkan ucapan takziah selain mendoakan roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman. 

Artikel Lain