suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempa bumi 4.1 magnitud di Segamat... Gegaran turut dirasai di Negeri Sembilan, Pahang

Gegaran gempa bumi lemah bermagnitud 4.1 yang berlaku di Segamat, Johor, awal pagi Ahad.

GEGARAN gempa bumi lemah dilaporkan berlaku di beberapa lokasi  sekitar daerah Segamat, Johor awal pagi Ahad.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gegaran bermagnitud 4.1 itu berlaku kira-kira pukul 6.13 pagi.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip dalam kenyataan memaklumkan pusat gempa terletak lima kilometer barat Segamat pada kedalaman 10 kilometer.

Gegaran turut dirasai di kebanyakan kawasan di Melaka, Negeri Sembilan dan selatan Pahang.

Beliau berkata, pihaknya akan terus memantau keadaan berkenaan.

Artikel Lain