suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cuba masuk rumah kekasih, pemuda maut jatuh dari tingkat 20 kondominium

Bedah siasat akan dilakukan bagi mengenal pasti punca kematian. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki maut selepas terjatuh dari tingkat 20 ketika cuba memanjat tebing sebelah kediaman teman wanitanya di sebuah kondominium di Bukit Jalil, Kuala Lumpur, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan, berkata polis menerima panggilan kecemasan melalui MERS999 pada pukul 10.45 pagi berhubung kejadian itu.

"Lelaki itu cuba menghubungi teman wanitanya tetapi gagal dan kemudian cuba memanjat tebing sebelah rumah sebelum dipercayai tergelincir lalu terjatuh dari tingkat 20," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Aidil berkata, mangsa berusia 25 tahun yang parah di kepala dan anggota badan lain disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan dari Hospital Kuala Lumpur.

"Pemeriksaan awal polis mendapati tiada sebarang unsur jenayah di lokasi kejadian. 

"Bedah siasat akan dijalankan di Unit Forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) bagi mengenal pasti punca sebenar kematian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya.

Artikel Lain