suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Jet pejuang TUDM terlibat kemalangan di Pangkalan Udara Kuantan

Tangkap layar video berhubung kejadian jet pejuang TUDM yang terlibat insiden kemalangan di Kuantan, malam Khamis.

SEBUAH pesawat F/A-18D Hornet milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terlibat dengan satu insiden kemalangan di kawasan landasan Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah (Pangkalan Udara Kuantan) pada pukul 9.05 malam, Khamis.

Menerusi satu kenyataan, TUDM memaklumkan pihaknya kini sedang mengambil tindakan segera dan akan memaklumkan perkembangan semasa berhubung insiden kemalangan tersebut.

"Semua pihak diminta agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi atau berita yang tidak sahih," menurutnya.

Dalam pada itu, seorang pengguna media sosial memuat naik sebuah video [Tonton Video] memaparkan sebuah pesawat terbakar sejurus selepas berlepas dari landasan. 

"Kejadian di Kuantan sebentar tadi 21 Ogos 2025. Jet hornet TUDM. Dikhabarkan pilot sempat keluar," tulisnya. 

Artikel Lain