suria

Jasad Zara Qairina dibawa pulang ke Sipitang... Sultan Pahang titah masjid, surau adakan solat hajat khas

Jasad Zara Qairina selesai menjalani proses bedah siasat kira-kira 7.30 malam, Ahad.

SULTAN Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan semua masjid dan surau di seluruh negeri Pahang agar melaksanakan solat hajat khas buat Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

Menerusi hantaran di akaun Facebook rasmi Kesultanan Pahang, baginda turut menyampaikan doa buat keluarga Allahyarham Zara dalam menghadapi ujian berat itu.

“Solat ini bertujuan memohon kepada Allah agar segala urusan berkaitan proses keadilan bagi Allahyarham Zara Qairina Mahathir dipermudahkan serta kebenaran dapat ditegakkan.

“Paduka Baginda turut menyampaikan doa agar ibu bapa serta keluarga Allahyarham dikurniakan ketabahan, kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi dugaan ini,” menurut kenyataan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Allahuakbar! Jasad Zara Qairina masih utuh walau selepas 23 hari dikebumikan

Sementara itu, proses bedah siasat ke atas jasad Allahyarham Zara yang dibuat di Hospital Queen Elizabeth I (HQE I), Kota Kinabalu selesai kira-kira 7.30 malam, Ahad.

Mayatnya dibawa keluar dari HQE 1 dengan trak polis pada pukul 9.25 malam untuk perjalanan selama tiga jam ke Sipitang, kira-kira 140 kilometer dari Kota Kinabalu, bagi tujuan pengebumian semula.

Untuk rekod, Allahyarham Zara disahkan meninggal dunia di HQE I pada 17 Julai, sehari selepas dia dilaporkan jatuh dari tingkat tiga asrama sekolahnya.

Keluarganya percaya kematian pelajar tingkatan satu itu mempunyai kaitan dengan kes buli.

Artikel Lain