suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rakyat dapat cuti tambahan 15 September... Boleh balik kampung, jalan-jalan!

Rakyat Malaysia boleh mengambil peluang cuti tambahan untuk meluangkan masa bersama keluarga. -The Star

TANGGAL 15 September diisytiharkan sebagai hari kelepasan am tambahan bersempena sambutan Hari Malaysia pada tahun ini.

Mengumumkan perkara tersebut, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hari kelepasan berkenaan adalah bagi menghargai ukhwah perpaduan dan keistimewaan pembentukan Malaysia.

"Ini juga bagi memberi galakan agar rakyat menjalinkan silaturahim sesama keluarga di kampung atau meluangkan masa bercuti di dalam negara," ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan Pengumuman Penghargaan Untuk Rakyat Malaysia, pada Rabu. 

Untuk rekod, Hari Malaysia diraikan pada tanggal 16 September setiap tahun dan pada tahun ini, ia jatuh pada hari Selasa.

Ini bermakna rakyat Malaysia berpeluang menikmati cuti panjang hujung minggu selama empat hari bermula Sabtu.

Artikel Lain