suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pempengaruh tak lemas, tapi larikan diri ke negara jiran… Adik subahat reka cerita

Perodua Axia ditemui terbabas di Sungai Kampung Tui dekat Pagoh, Johor.

PEMPENGARUH permotoran yang dikhuatiri lemas di Muar, Johor pada Isnin sebenarnya melarikan diri ke luar negara.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Kominseioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata siasatan mendapati lelaki berusia 38 tahun itu dipercayai menenggelamkan kereta milik isterinya di Sungai Tui sebelum melarikan diri ke negara jiran.

Ia susulan hasil siasatan mendapati terdapat keraguan terhadap laporan yang dikemukakan dan polis mempercayai bahawa kehilangan tersebut telah direka.

"Adik mangsa mengesahkan bahawa dia turut bersubahat dan berpura-pura menjalankan usaha pencarian bagi mengaburi siasatan polis.

"Kedua-dua individu terbabit sudah diambil keterangan dan siasatan lanjut akan diteruskan selepas pihak polis memperoleh kebenaran menyiasat (OTI) dari pihak Timbalan Pendakwa Raya," katanya menerusi kenyataan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pempengaruh dikhuatiri lemas, kereta terbabas dalam sungai

Kes disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana memberikan maklumat palsu kepada penjawat awam dan Seksyen 109 Kanun Keseksaan kerana bersubahat.

Terdahulu, pempengaruh berkenaan dikatakan lemas selepas kereta jenis Perodua Axia yang dipandunya terbabas ke dalam sungai.

Lelaki itu dilaporkan keluar dari kediaman di Jalan Setia Indah, Johor Bahru sekitar 12 tengah hari dengan memaklumkan bahawa dia ingin ke bengkel rakannya di Parit Jawa.

Keluarganya sempat berhubung sehingga pukul 4 petang, sebelum mangsa gagal dihubungi selepas itu.

Bimbang dengan situasi itu, keluarga mangsa cuba mengesan lokasi terakhir menerusi sistem GPS dan mendapati kedudukan terakhirnya berada di kawasan Jalan Bukit Kepong-Labis.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah dilancarkan oleh pihak polis bagi mengesan mangsa.

 

Artikel Lain