suria

Rakaman ‘dashcam’ tunjuk bas memotong laju, tiga saat terseret atas jalan sebelum berhenti - “Dia pintas saya sebelum kemalangan”

Kenderaan dipercaya Perodua Alza yang terlibat dalam kemalangan.

KETIKA ini tumpuan tentunya terarah kepada cara pemanduan pemandu bas persiaran yang membawa 45 penumpang hingga mengakibatkan kemalangan maut di Jalan Jeli-Gerik awal pagi Isnin.

Menurut salah seorang pengguna jalan raya dikenali sebagai Muhamad Aiman, bas berkenaan bukan sahaja dilihat memandu laju malah turut memotong beberapa buah kenderaan secara melulu.

"Saya follow sekejap saja dalam 15 minit macam tu sebab saya dah nak masuk lorong rumah.

Tangkap layar dashcam memaparkan keadaan bas sebelum terbalik.

Tangkap layar dashcam memaparkan keadaan bas sebelum terbalik.

"Sebelum masuk lorong rumah di ICQS (Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan) Bukit Bunga dan selepas dia memotong saya di Bukit Bunga dengan laju, saya tengok dia ada memotong kereta lain lagi.

"Sebelum kemalangan berlaku, dia sedang memintas dan saya nampak dia memotong je masa tu... semua kereta," ujarnya ketika dihubungi mStar pada petang Isnin.

Muhamad Aiman turut berkongsikan video berdurasi 29 saat sebelum kemalangan berlaku.

 

Kelihatan Perodua Alza yang terlibat dalam kemalangan yang mengorbankan 15 nyawa itu berada di hadapan bas terbabit.

Berdasarkan klip tersebut, bas berkenaan pada awalnya baru sahaja memotong kenderaan dipercayai pemilik kamera papan pemuka (dashcam) ini.

ARTIKEL BERKAITAN: “Umi, ore nak ngaji luar negara” - Ibu tak lupa hasrat akhir arwah anak lelaki, berat hati hantar naik bas balik UPSI

Dia kemudiannya hilang kawalan ketika melalui selekoh sebelum terbabas dan terbalik ke bahu jalan.

Bas berkenaan dilihat terseret selama kira-kira tiga saat sebelum berhenti di lokasi kejadian.

Terdahulu, mStar melaporkan 15 individu termasuk seorang kelindan terkorban dalam kemalangan tragis membabitkan sebuah bas persiaran dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza.

Kemalangan dilaporkan berlaku kira-kira pukul 1 pagi Isnin.

Artikel Lain