suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak sempat lari jauh, lelaki cuba tembak isteri ditahan di Kota Bharu

Hafizul (kiri) ditahan di Kota Bharu selepas dia cuba melepaskan tembakan kepada isterinya (kanan).

SUSPEK insiden tembakan di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dijumpai dan ditahan di Kota Bharu, Kelantan.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, suspek iaitu Hafizul Hawari, 38, ditahan kira-kira pukul 3 petang, Isnin.

"Ya, saya sahkan (tangkapan). Suspek baru ditahan pada jam 3 petang tadi di Kota Bharu.

"Satu sidang akhbar akan diadakan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman atau Ketua Polis Negeri dalam masa terdekat," ujarnya.

Hafizul ditahan selepas melarikan diri pada Ahad.

Menerusi laporan media sebelum ini, polis berkata pihaknya yakin suspek masih berada di Malaysia.

Untuk rekod, Hafizul melepaskan tembakan ke arah isterinya Farah Md Isa atau Farah Cie di balai ketibaan KLIA 1 Ahad lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis yakin Hafizul masih berada di Malaysia, tiada perintah interim dikeluarkan ke atas isteri

Hafizul membakar beberapa mercun sebelum melepaskan tembakan ke arah isterinya yang juga pemilik agensi pelancongan dari jarak dekat.

Pengawal peribadi Farah berjaya menyelamatkannya tetapi terkena tembakan di perut.

Hafizul kemudian melarikan diri ke keretanya, yang diletakkan di Blok C tempat letak kereta lapangan terbang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain