suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tragis, kediaman Adun Mulu musnah terbakar

Anggota ATM membantu pasukan bomba memadamkan kebakaran. -Foto JBPM

KEDIAMAN Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala di Kampung Pa' Umor Kampung Pa' Umor di Bario, musnah terbakar.

Kejadian berlaku pada awal pagi Ahad.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, balai bomba Marudi menerima panggilan kecemasan pada 1.40 pagi berhubung kejadian.

"Penduduk kampung, polis dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) mengambil tindakan awal memadamkan kebakaran, namun kediaman itu terbakar sepenuhnya.

"Seramai 20 anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) membantu dan mengawal dalam operasi memadamkan kebakaran," menurut jabatan itu dalam kenyataan, pada Isnin.

Menurut kenyataan itu lagi, seramai enam penghuni rumah itu berjaya menyelamatkan diri tanpa sebarang kecederaan.

Gerawat, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mulu, dilaporkan bergegas ke kampung itu sebaik menerima berita kebakaran.

Menurut bomba, ia akan mengambil masa kira-kira 20 jam melalui jalan darat untuk sampai ke Bario dari balai bomba Marudi, yang terletak sejauh 460 kilometer. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain