suria

IOI City Mall ditutup sementara, terputus bekalan elektrik

IOI City Mall akan memaklumkan perkembangan terkini daripada semasa ke semasa.

PUSAT beli-belah terkemuka di Putrajaya, IOI City Mall ditutup sementara berikutan terputus bekalan elektrik.

Pihak pengurusan IOI City Mall dalam satu kenyataan berkata premis perniagaan mereka ditutup bermula dari pagi dan dijangka dibuka semula antara pukul 1 hingga 5 petang.

"Masalah gangguan bekalan kuasa ini sedang dikendalikan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).

"Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan dan akan memaklumkan perkembangan terkini daripada semasa ke semasa," ujar IOI City Mall pada pagi Khamis.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya berkata kejadian terputus bekalan kuasa di IOI City Mall bermula pada malam Rabu.

"Saya ada dekat sana malam semalam, terkejut semua tiba-tiba black out. Aduhai saya dah sampai depan mall ni, ingat nak shopping raya, sekali polis minta patah balik.

"Jalan sesak teruk dekat depan mall sebab semua tak boleh masuk. Baru je beli tiket wayang untuk tengah hari ni, terbatal hasrat nampaknya," kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain