suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga anggota polis didakwa terima rasuah, SPRM buat penahanan

Perintah tahanan reman akan dikeluarkan kepada suspek.

TIGA anggota polis ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana didakwa menerima rasuah daripada pemandu lori.

Difahamkan ketiga-tiga suspek yang berumur antara 36 hingga 42 tahun itu ditahan sekitar pukul 7 petang Rabu (27 Mac) di pejabat SPRM cawangan Johor.

"Tiga suspek didakwa meminta rasuah berjumlah RM7,800 daripada pemandu lori membawa muatan kelapa sawit dan baja di kawasan Mersing, Johor.

"Suspek menerima wang berkenaan pada November tahun lalu sebagai 'pengeras' untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap pemandu terbabit di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987," kata seorang sumber pada Khamis.

Ketika dihubungi, Pengarah SPRM cawangan Johor, Datuk Azmi Alias mengesahkan tiga suspek sudah ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 17A Akta SPRM 2009.

Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret di Johor Bahru untuk mendapatkan perintah tahanan reman pada Khamis pagi. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain