suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Seorang lagi MP sokong Muhyiddin jadi PM, PN tambah Surat Akuan Berkanun

PARTI Perikatan Nasional (PN) menerima satu lagi Surat Akuan Berkanun (SD) daripada seorang lagi Ahli Dewan Rakyat yang menyatakan kepercayaan kepada Tan Sri Muhyiddn Yassin untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Perkara itu didedahkan Setiausaha Agong PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin pada Selasa pagi.

Pada Isnin Hamzah memaklumkan parti itu sudah mengemukakan lebih 112 SD iaitu jumlah kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat yang diperlukan untuk pelantikan Perdana Menteri di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan

Sehingga kini, teka-teki mengenai pemimpin yang bakal menerajui kepimpinan negara masih belum terjawab.

ARTIKEL BERKAITAN: Istana Negara lanjut tempoh kemuka nama calon PM, kerajaan baharu hingga 2 petang Selasa

Pada Isnin, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin AlMustafa Billah Shah berkenan melanjutkan proses bagi ketua parti dan gabungan politik untuk mengemukakan keputusan berhubung pembentukan kerajaan baharu dan nama calon Perdana Menteri Malaysia ke-10, sehingga pukul 2 petang Selasa.

Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang berlangsung pada Sabtu berakhir dengan situasi di mana tiada parti yang mencapai majoriti mudah bagi membentuk Kerajaan Persekutuan baharu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

SD, PM ke-10, keputusan PRU, Muhyiddin PM

Artikel Lain