suria

Ismail Sabri tinggalkan Istana Negara selepas sejam menghadap Agong... Apa bakal berlaku?

Ismail Sabri meninggalkan Istana Negara selepas sejam menghadap Yang di-Pertuan Agong.

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meninggalkan Istana Negara pada 4.45 petang Khamis selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ismail yang menaiki sebuah SUV putih tidak memberikan sebarang kenyataan kepada media yang berkumpul di luar pintu pagar istana.

Sebaliknya, dia hanya hanya melambai ke arah media dari dalam keretanya.

Mesyuarat mingguan itu mengambil masa kurang sejam, walaupun sebelum ini timbul spekulasi bahawa dia akan memohon pembubaran Parlimen bagi membuka laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

ARTIKEL BERKAITAN: Agong lawat Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara sebelum PM dijadual menghadap

Anggota media telah berkumpul di pintu masuk utama istana seawal tengah hari Khamis, dengan harapan mendapat petunjuk mengenai keputusan mesyuarat itu.

Pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong menjadi tumpuan kerana ramai yang menjangkakan bahawa Perdana Menteri akan mempersembahkan tarik pembubaran Parlimen.

Untuk rekod, penggal Parlimen semasa akan berakhir pada Julai 2023. - The Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain