suria

Plus jangka 1.9 juta kenderaan guna lebuh raya sempena cuti Maulidur Rasul

1.9 juta kenderaan dijangka menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus) setiap hari bermula Jumaat ini sehingga Isnin.

KIRA-KIRA 1.9 juta kenderaan dijangka menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus) setiap hari bermula Jumaat ini sehingga Isnin, sempena cuti sambutan Maulidur Rasul.

Menurut Ketua Kecemerlangan Operasi PLUS, Mohd Yusuf Abdul Aziz berkata, jumlah itu merupakan lonjakan daripada 1.7 juta kenderaan sehari berbanding hari biasa sejak negara memasuki fasa peralihan endemik.

Justeru ujarnya, Plus menggesa pengguna jalan raya merancang pergerakan bagi menghadapi kemungkinan berlaku kesesakan yang memanjangkan tempoh perjalanan.

ARTIKEL BERKAITAN: Trafik sesak di lebuh raya utama susulan peningkatan kenderaan, kemalangan

"Kami menasihatkan supaya pelanggan yang ingin menggunakan lebuh raya pada hujung minggu ini supaya membuat persediaan.

"Pastikan kenderaan berada dalam keadaan yang baik bagi menghadapi kemungkinan berlakunya kesesakan akibat lonjakan trafik tersebut," ujarnya.

Pengguna jalan raya juga boleh memuat turun aplikasi Plus, bagi merancang perjalanan dan mendapatkan maklumat trafik terkini di lebuh raya.

Selain itu sebagai alternatif, pelanggan boleh mengikuti laporan trafik menerusi Twitter @PLUSTrafik, talian PLUSLine 1800-88-0000, Chatbot PUTRI dan papan tanda elektronik (VMS) di lokasi terpilih.

"Pelanggan juga disaran menggunakan aplikasi Waze atau Google Map," katanya lagi. - SINAR HARIAN

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain