suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hotel jawab isu pelekat ‘non halal lift’, syarat ditetapkan pihak berkuasa

Pelekat 'non halal lift' yang ditampal di dalam lif di hotel berkenaan.

SEBUAH hotel terkenal di Kuala Lumpur tampil memberi penjelasan susulan tularnya gambar pelekat 'non halal lift' di dalam salah satu lif di premis mereka.

Dalam satu kenyataan, pengurusan hotel tersebut berkata pelekat itu ditampal kerana lif berkenaan digunakan untuk membawa barangan tidak halal dan barang mudah rosak.

Tambah kenyataan itu lagi, ia adalah sebahagian daripada keperluan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa untuk memastikan mereka menerima pensijilan halal untuk operasi di belakang tabir hotel, seperti lif perkhidmatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Restoran ‘Muslim’ tayang iklan arak? Pemilik mualaf mohon maaf, nafi jual daging babi

Bagaimanapun pihak hotel itu telah membuat perubahan pada pelekat tersebut untuk pemahaman yang lebih baik oleh pelanggan dan tetamunya.

Kenyataan hotel berkenaan adalah maklum balas terhadap satu hantaran yang dimuat naik oleh peguam kontroversi, Siti Kasim, pada Isnin.

Menerusi hantaran di laman Facebook, peguam tersebut memuat naik gambar 'non halal lift' selain meminta penjelasan daripada hotel berkenaan berhubung kewajaran berbuat demikian. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain