suria

Ebit Lew masih tersenyum, tenang masuk mahkamah sambung bicara kes gangguan seksual

Ebit kelihatan tenang ketika tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Tenom pada Jumaat.

PERBICARAAN hari terakhir kes gangguan seksual pendakwah terkenal, Ebit Lew sebelum disambung semula dengan tarikh baharu dijangka masih tertumpu kepada Firdaus Wong sebagai saksi ketiga pihak pendakwaan.

Bagaimanapun, saksi pertama Mohd Fairuz Abu, 37, dalam perbicaraan pada Khamis diberitahu oleh mahkamah bahawa beliau akan dipanggil semula untuk menyambung pemeriksaan balas daripada pihak peguam bela sebelum perbicaraan Firdaus diteruskan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Ebit Lew: Firdaus Wong dijangka saksi baharu perbicaraan hari ketiga

Perbicaraan yang diadakan di Mahkamah Majistret di sini, setakat ini sudah memanggil tiga saksi sepanjang empat hari perbicaraan berlangsung.

Sebelum itu, Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim tiba di pekarangan mahkamah pada jam 9.20 pagi dengan menaiki pacuan empat roda Toyota Land Cruiser dan dilihat berpakaian hitam dan berkopiah putih.

Ebit dilihat kelihatan tenang dan sempat tersenyum kepada petugas media ketika melangkah masuk ke mahkamah sebelum perbicaraan bermula pada jam 9.30 pagi. - SINAR HARIAN

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

TMJ beri bayangan KJ bakal jadi CEO JDT