suria

Bicara kes gangguan seksual Ebit Lew masuk hari kedua, terus jadi tumpuan

Ebit tiba di perkarangan mahkamah Tenom pada pukul 10.30 pagi.

HARI kedua perbicaraan pendakwah terkenal Ebit Lew mengenai kes gangguan seksual yang berlangsung di Mahkamah Majistret Tenom, Sabah dijangka bermula pada jam 10.30 pagi Rabu.

Ebit, 37, atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim tiba di pekarangan mahkamah pada jam 10.15 pagi dengan berbaju merah merun serta berseluar hitam.

Perbicaraan bersambung selepas ditangguhkan pada jam 4.30 petang Selasa dengan menampilkan saksi pendakwaan yang pertama iaitu seorang konsultan atau penceramah motivasi, Mohd Fairuz Abu, 37.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes gangguan seksual, Ebit Lew tiba di mahkamah Tenom hadiri perbicaraan

Perbicaraan yang berlangsung selama empat hari bermula Selasa hingga Jumaat dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, Muhammad Ilmami Ahmad, Zahida Zakaria, Adibah Saiful Bahri, Nur Masrin Amalia manakala Ebit diwakili barisan peguamnya yang terdiri daripada Ram Singh, Kamarudin Mohmad Chinki, Timothy Daut, Kimberly Ye Wanchuin dan Chen Wen Jye manakala Majistret ialah Nur Asyraf Zolhani.

Ebit berhadapan dengan 11 pertuduhan berkaitan gangguan seksual membuat hantaran gambar dan perkataan lucah bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi WhatsApp mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan. -SINAR HARIAN

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain