suria

Firdaus Wong, Akhi Fairuz jadi saksi kes gangguan seksual Ebit Lew - “Doakan keadilan dapat ditegakkan”

Ustaz Firdaus Wong (kiri) dan Akhi Fairuz menjadi saksi bagi kes gangguan seksual melibatkan Ustaz Ebit Lew.

TUMPUAN ramai pastinya terarah kepada perbicaraan kes gangguan seksual melibatkan aktivis terkenal, Ebit Lew, yang bermula hari ini.

Selain itu, perkongsian seorang pendakwah bebas, Ustaz Firdaus Wong Wai di laman sosial Facebook turut mengundang perhatian ramai.

Dalam hantaran tersebut, Firdaus memaklumkan dia akan menjadi saksi terhadap kes perbicaraan pertuduhan gangguan seksual berkenaan.

Selain dirinya, seorang pakar motivasi, Akhi Fairuz Al-Jengkawi juga bertindak sebagai saksi pendakwa raya kes tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes gangguan seksual, Ebit Lew tiba di mahkamah Tenom hadiri perbicaraan

"Perbicaraan 11 tuduhan gangguan seksual Ebit Lew akan bermula hari ini. Kami berdua Insya-Allah akan menjadi saksi pendakwa raya.

"Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku, dan ringankanlah segala urusanku dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, agar mereka mengerti perkataanku," tulisnya dalam hantaran tersebut.

Dalam pada itu, Firdaus turut meminta orang ramai mendoakan agar perbicaraan yang akan dimulakan hari ini memberi keadilan dan kebenaran sebenar.

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan doa moga urusannya dipermudahkan.

Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim, 37, berhadapan dengan 11 pertuduhan gangguan seksual.

Prosiding perbicaraan yang berlangsung di mahkamah Tenom, Sabah, bermula Selasa hingga Jumaat ini.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain