suria

Salt Bae gayakan jaket songket pereka Malaysia

Pereka fesyen Malaysia, Peony Sin bersama Salt Bae yang menggayakan jaket songket rekaannya.

SINONIM dengan t-shirt berwarna putih atau sut, cef selebriti terkenal dari Turki, Nusret Gokce, tampil segak dalam sehelai jaket daripada fabrik kain songket.

Jaket songket tersebut adalah rekaan pereka fesyen Malaysia, Peony Sin.

Sin, graduan London College of Fashion yang kini berada di kota London untuk satu pertunjukan fesyen, berasa terharu dan teruja apabila cef yang terkenal dengan jolokan Salt Bae itu mengenakan jaket songket rekaannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dianggap riyak makan hidangan RM10,000 di restoran Salt Bae, Aeril Zafrel kata tukaran Pound Sterling buat harga jadi mahal

"Ia adalah satu penghormatan buat Malaysia kerana fabrik tersebut merupakan kain tenunan tangan tradisional dengan benang emas dan perak yang agak rumit penghasilannya.

"Ia berbeza daripada fabrik yang biasa digunakan dalam rekaan sut, jadi beliau benar-benar teruja," katanya.

Pertemuan Sin dengan Salt Bae berlangsung di restoran milik cef tersebut, Nusr-Et, di Knightsbridge, London.

Selain Salt Bae, pereka dari Wales, Julien Macdonald turut memakai jaket songket rekaannya sewaktu pertunjukan fesyen berkenaan.

Sekadar maklumat tambahan, Salt Bae mempunyai 48.1 juta pengikut di akaun Instagramnya, serta memiliki rangkaian restoran di Istanbul, London, New York dan Dubai. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain