suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ulama besar Sheikh Yusuf al-Qaradawi meninggal dunia… Al-Fatihah

Ulama tersohor, Yusuf al-Qaradawi meninggal dunia pada Isnin.

ULAMA tersohor dunia, Yusuf al-Qaradawi meninggal dunia pada usia 96 tahun pada Isnin.

Berita pemergian pemimpin spiritual gerakan Ikhwanul Muslimin itu diumumkan Kesatuan Ulama Islam Sedunia (IUMS) dan turut disahkan anak lelakinya, Abdul Rahman menerusi akaun media sosial miliknya.

"Dunia Islam kini kehilangan seorang ulama yang paling disegani," ujar IUMS yang diasaskan oleh beliau menerusi Twitter, namun tidak menyatakan punca kematiannya yang dilaporkan menderita sakit untuk tempoh agak lama.

Yusuf al-Qaradawi yang dilahirkan di Mesir telah menetap di Qatar sejak 2013 dan turut diberikan hak kerakyatan negara berkenaan. - SINAR HARIAN

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain