suria

Kes rasuah VLN: 3 saksi utama pendakwaan tak boleh dipercayai - Hakim

Ahmad Zahid berucap di luar Mahkamah Tinggi Shah Alam. foto KK SHAM/The Star

MAHKAMAH Tinggi Shah Alam pada Jumaat memutuskan tiga saksi utama pendakwaan dalam kes rasuah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN) adalah tidak boleh dipercayai,

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa berkata, saksi pendakwaan ke-17 (SP-17), bekas Pengarah Syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB), David Tan Siong Sun telah mengakui ada membuat sebuah lejar mengandungi butiran pembayaran oleh UKSB kepada beberapa individu termasuk Ahmad Zahid, antara 2014 hingga 2018.

Ketika membaca keputusan penghakiman setebal 100 muka surat, Mohd Yazid berkata, David Tan menyatakan setiap kali membuat bayaran, dia akan merekodkan pembayaran pada hari sama atau berikutnya.

Selain itu, seorang lagi saksi utama, SP-15, yang juga bekas Pengarah UKSB, Harry Lee Vui Khiun telah bersetuju bahawa ruangan catatan yang kosong itu, tidak menunjukkan bahawa wang telah dibayar kepada tertuduh.

ARTIKEL BERKAITAN: Mahkamah putuskan Ahmad Zahid bebas 40 pertuduhan rasuah

Tanpa bukti kukuh, Mohd Yazid berkata, mahkamah tidak boleh membuat penemuan bahawa wang itu telah diterima oleh Ahmad Zahid.

Malah beliau berkata, keterangan mengenai penyerahan kedua wang tunai RM3 juta melalui sebuah bagasi, adalah suatu keterangan difikirkan kemudian.

Sementara itu, Ahmad Zahid, dibebaskan atas 40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN).

Mohd Yazid memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Presiden Umno itu. - Sinar Harian

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Sebelum

LTAPP turut dilanda banjir

Artikel Berkaitan

Artikel Lain