suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Van hampir ‘ditelan’ lubang besar tengah jalan

Sebuah van 'ditelan' oleh lubang jalan di Jalan Kepong, Kuala Lumpur.

SEBUAH van terjatuh ke dalam lubang besar (sinkhole) di Jalan Kepong, Kuala Lumpur, mengakibatkan sebahagian kenderaan tersebut terperosok.

Difahamkan kejadian berlaku kira-kira pukul 6 pagi Jumaat.

Pemandu van yang hanya mahu dikenali sebagai Kuah berkata, dia memandu ke arah Sungai Buloh apabila menyedari bahagian belakang kenderaan dipandunya terperosok ke dalam lubang.

“Saya keluar dari van untuk selamatkan diri. Terdapat takungan air di jalan raya,” katanya.

Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng berkata polis menutup kawasan itu serta-merta dan melencongkan lalu lintas.

“Punca lubang tersebut belum dapat dipastikan tetapi terdapat banyak air yang keluar dari dalamnya.

“Polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Air Selangor segera bertindak balas dan pegawai mereka berada di lokasi untuk melihat keadaan.

“DBKL berjaya menarik keluar van tersebut kira-kira pukul 9.15 pagi,” katanya. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain