suria

Seperti 'Puteri Elsa' dalam Frozen! Bella saksi terakhir beri keterangan di mahkamah - "Nampak ceria, makin berisi dan bersih"

Keadaan Bella berbeza dengan hari pertama dia ditemukan.

KES penderaan membabitkan remaja perempuan Sindrom Down dikenali sebagai Bella kembali mendapat perhatian ramai apabila dia hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada pagi Khamis dengan wajah ceria dan gembira.

Malah, penampilannya memakai gaun berwarna biru beserta crown dan tongkat umpama watak seorang puteri raja dalam animasi Frozen, Elsa mencuri tumpuan umum.

Difahamkan, remaja terbabit hadir ke mahkamah selaku saksi terakhir bagi pihak pendakwaraya berikutan kes penderaan ke atasnya tahun lalu.

Menerusi perkongsian aktivis kemasyarakatan, Mona Din di laman Facebook, dia meluahkan rasa terkejut dan gembira apabila berpeluang berjumpa dengan Bella selepas lebih setahun berjuang untuk remaja berkenaan.

"saya ingat dah tak sempat nak sampai mahkamah sebelum 9 pagi dan tiba-tiba kelihatan seorang 'princess' sedang berjalan masuk.

"Akhirnya, for the first time setelah lebih setahun berjuang untuk Bella.

Bella hadir dengan gaun biru dan mahkota.

Bella hadir dengan gaun biru dan mahkota.

"Pada hari yang hujan ini, Allah hadirkan rahmatNya... Bella berada di depan mata," luahnya yang turut menyerahkan beg kertas berisi baju kurung berwarna pink untuk Bella.

Menerusi hantaran yang dibuat itu, Mona turut berkongsikan beberapa foto bersama remaja berusia 13 tahun berkenaan.

Posting yang dibuat itu tular di media sosial dan rata-ratanya memberi pujian terhadap Bella dan berharap dia memperoleh kemenangan.

"Semoga kemenangan berpihak pada Bella.

"Comelnya Bella. Kebetulan saya ada di Tanah Suci sekarang ni... Acik doakan moga Bella dapat keadilan selayaknya. Moga manusia yang menyakiti Bella akan dihukum dengan hukuman setimpal.

"Semoga keadilan berpihak pada adik Bella. Sangat berbeza adik Bella sekarang... nampak ceria, makin berisi dan bersih. She deserves to be treated like a princess.

"Sebaknya banding dengan video lama, luka penuh kat tangan, sakit, rambut bertobek, muka kusam, takut-takut. Look how fine she is today, smiling gracefully... so beautiful adik Bella, moga dipermudahkan urusan dan terbela nasib awak," ujar beberapa netizen.

Terdahulu, perbicaraan tersebut ditangguhkan sehingga 21 September selepas Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad menyatakan pakar psikiatri tidak dapat hadir pada 14 September lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain