suria

Rogol, amang seksual, seks luar tabii dengan 2 anak... bapa dipenjara 428 tahun, 240 sebatan

Tertuduh (dua, kanan) mengaku bersalah atas kesemua pertuduhan terhadapnya.

SEORANG lelaki berusia 56 tahun dihukum penjara 428 tahun dan 240 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di Melaka atas 28 pertuduhan merogol, melakukan pertubuhan luar tabii dan amang seksual terhadap dua anak kandung.

Pertuduhan itu termasuk mengugut bunuh isteri dan anak-anaknya.

Bagaimanapun, kesemua hukuman itu berjalan serentak iaitu penjara selama 45 tahun dan hanya 24 sebatan.

Hakim Nariman Badruddin menjatuhkan hukuman itu selepas lelaki yang bekerja sebagai penyelia syarikat pelaburan itu mengekalkan pengakuan bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibacakan di Mahkamah Sesyen pada Isnin lalu.

Tertuduh yang memakai cermin mata itu turut didakwa atas lima pertuduhan mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan kerana memasukkan objek ke dalam kemaluan mangsa yang berusia 15 tahun dan berdepan hukuman penjara maksimum 30 tahun serta sebatan.

Selain itu, tertuduh juga berdepan satu lagi pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun sama kerana melakukan seks luar tabii terhadap mangsa sama serta satu lagi pertuduhan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 atas dakwaan melakukan amang seksual fizikal.

Berdasarkan fakta kes, kejadian terkutuk itu berlaku pada tahun 2015 dan ia terbongkar selepas isteri mangsa ternampak tertuduh sedang merogol mangsa yang kini berusia 15 tahun di rumah mereka pada 5 September lalu.

Tertuduh yang mempunyai lima anak dikatakan menjadikan kedua-dua mangsa sebagai hamba seks selepas mereka mencecah usia 12 tahun dengan melakukan perbuatan terkutuk itu di ruang rumah termasuk atas sofa, ruang tamu dan juga tangga rumah.

Lelaki beristeri dua itu turut beberapa kali memaksa mangsa melakukan hubungan seks termasuk memasukkan objek ke dalam kemaluan remaja perempuan itu.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah bernombor di Taman Thamby Chik, Batu Berendam selepas usia kedua-dua mangsa mencecah 12 tahun antara 24 September 2015 sehingga 5 September lalu.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Anis Najwa Nazari memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal kerana perbuatan jahat itu telah menyebabkan kedua-dua mangsa mengalami trauma sehingga takut untuk mendekati lelaki lain mahupun saudara mereka.

"Sifat 'binatang' tertuduh telah merosakkan sesebuah institusi kekeluargaan sepatutnya tertuduh menjadi ayah bertanggungjawab untuk melindungi kehormatan anak-anak perempuan," kata Anis Najwa.

Nariman mengarahkan hukuman penjara terhadap tertuduh yang tidak diwakili peguam itu berjalan serentak secara berperingkat dan menjadikan tempoh pemenjaraan selama 45 tahun selain sebatan juga dilakukan selain hanya 24 hukuman sebatan maksimum boleh dikenakan.

Dalam prosiding berasingan, tertuduh yang kelihatan sungul turut mengangguk dan membuat pengakuan bersalah di hadapan Majistret Mazana Sinin kerana mengeluarkan kata-kata ugutan terhadap isteri dan anak-anak.

Bagi kesalahan itu dia didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya dan dijatuhi hukuman penjara dua tahun.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Puteri Nor Nadia Mohamed Iqbal. - Sinar Harian

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain