suria

47 kawasan alami gangguan bekalan air 21 Jun ini, orang ramai diminta simpan bekalan mencukupi

Gangguan itu disebabkan kerja-kerja menambah baik sistem bekalan air di Kolam Air Bukit Dengkil.

SEBANYAK 47 kawasan di daerah Petaling akan mengalami gangguan bekalan air berjadual, bermula 9 pagi pada 21 Jun ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berkata gangguan itu disebabkan kerja-kerja menambah baik sistem bekalan air di Kolam Air Bukit Dengkil.

ARTIKEL BERKAITAN: Pencemaran: 472 kawasan di Selangor alami gangguan bekalan air tidak berjadual

“Gangguan bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada 22 Jun jam 9 pagi,” kata Air Selangor.

Menurut pihak Air Selangor, kerja itu telah diluluskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk menaik taraf sistem bekalan air bagi kemudahan pengguna pada masa hadapan.

“Bekalan air itu dijangka disalurkan kepada pengguna secara berperingkat pada 21 Jun ini, bermula jam 9 malam selepas kerja-kerja menaik taraf dan penyelenggaraan selesai serta sistem pengagihan stabil,” kata Air Selangor dalam catatan Facebook pada Jumaat.

Mereka turut menasihati pelanggan yang terjejas supaya menyimpan bekalan air mencukupi dan menggunakan air secara berhemah semasa tempoh gangguan.

Pengguna boleh mendapatkan maklumat gangguan bekalan air berjadual dari semasa ke semasa melalui saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau menghubungi Air Selangor di talian 15300.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain