suria

Pencemaran: 472 kawasan di Selangor alami gangguan bekalan air tidak berjadual

Lima wilayah di Selangor melibatkan 472 kawasan alami gangguan bekalan air bermula 3 petang Selasa.

SEBANYAK 472 kawasan di Selangor mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula 3 petang Selasa (3 Mei) berikutan pencemaran yang dikesan di muka sauk Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir.

Perkara tersebut dimaklumkan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dalam satu kenyataan pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: 42 kawasan di Shah Alam, Klang dan Petaling dijangka alami gangguan bekalan air tidak berjadual

"Air Selangor ingin memaklumkan henti tugas sementara Loji Rawatan Air Sungai Semenyih (LRA Sg Semenyih) pada jam 6.15 pagi dan Loji Rawatan Air Bukit Tampoi (LRA Bukit Tampoi) pada jam 11.30 pagi, 3 Mei 2022.

"Berikutan henti tugas LRA Sg Semenyih dan LRA Bukit Tampoi ini, sebanyak 472 kawasan di lima wilayah Air Selangor iaitu Petaling (172 kawasan), Hulu Langat (54 kawasan), Sepang (196 kawasan), Putrajaya (23 kawasan) dan Kuala Langat (27 kawasan) dijangka akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula jam 3 petang hari ini," demikian kenyataan tersebut.

Air Selangor menambah, bantuan alternatif melalui lori tangki akan digerakkan kepada para pengguna dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal.

"Air Selangor sedang mengambil segala usaha bagi meminimakan impak gangguan kepada para pengguna yang terjejas. Para pengguna dikawasan terjejas dinasihatkan untuk menyimpan air secukupnya sehingga bekalan air dapat disalurkan," katanya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain