suria

2 sekolah Malaysia tersenarai 10 finalis ‘Sekolah Terbaik Dunia’

SK Kempadang dan SMK Kampong Jawa tersenarai dalam 10 finalis Hadiah Sekolah Terbaik Dunia.

DUA sekolah Malaysia disenaraikan dalam 10 finalis bagi menerima anugerah 'Hadiah Sekolah Terbaik Dunia'.

Sekolahh Kebangsan (SK) Kempadang di Kuantan, Pahang, disenarai pendek Top 10 Hadiah Sekolah Terbaik Dunia untuk Inovasi, manakala Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampong Jawa di Klang, Selangor disenarai pendek bagi Top 10 Hadiah Sekolah Terbaik Dunia bagi Mengatasi Kesusahan.

Senarai pendek itu diumumkan secara dalam talian pada Khamis.

Dianjurkan oleh T4 Education, pengasasnya Vikas Pota mengucapkan tahniah kepada sekolah-sekolah yang tersenarai dan berkata, para pendidik di seluruh dunia boleh menjadikan contoh daripada 'sekolah-sekolah Malaysia yang cemerlang ini'.

Pengarah Urusan Yayasan Hasanah dan pemegang amanah pengasas, Datuk Shahira Ahmed Bazari berkata, pemilihan kedua-dua sekolah itu membuktikan bahawa sekolah awam di negara ini mampu menjadi antara yang terbaik di dunia..

Setiap daripada dua sekolah ini berpeluang untuk memenangi wang tunai sebanyak AS$50,000 (RM219,650).

T4 Education dalam satu kenyataan memberitahu, Hadiah Sekolah Terbaik Dunia bertujuan untuk meraikan sekolah di peringkat global atas peranan dimainkan mereka dalam membangunkan generasi akan datang bagi pelajar dan sumbangan kepada kemajuan masyarakat, terutama selepas Covid-19.

Hadiah itu dianjurkan oleh T4 Education dengan kerjasama Yayasan Hasanah, Templeton World Charity Foundation, Accenture dan American Express. - The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain