suria

Individu sihat tak perlu dos penggalak? KKM perjelas video tular KJ

KKM memberi perjelasan berhubung video tular membabitkan menterinya, Khairy Jamaluddin (gambar fail). foto ZULAZHAR SHEBLEE/The Star

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) menyangkal dakwaan berhubung video tular menunjukkan menterinya, Khairy Jamaluddin mengatakan individu yang sihat tidak memerlukan dos penggalak vaksin Covid-19.

Menurut KKM dalam satu kenyataan, ia merupakan video lama pada September 2021, ketika pemberian dos penggalak secara menyeluruh belum lagi bermula.

"Video ini dipetik daripada sidang media Menteri Kesihatan pada 20 September 2021. Pemberian booster secara menyeluruh belum lagi bermula pada September 2021.

"Pada waktu itu, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bagi dos pertama dan dos kedua masih giat dilaksanakan," katanya dalam satu kenyataan, sambil menambah kadar vaksinasi lengkap bagi penduduk dewasa ketika itu adalah 79.6 peratus, masih belum mencapai sasaran 90 peratus populasi dewasa.

Menurut kementerian itu, pemberian dos penggalak dilaksanakan secara berperingkat di mana ketika itu memberikan keutamaan kepada golongan rentan terdiri daripada warga emas, mereka yang ada ko-morbid dan golongan yang terdedah kepada risiko jangkitan.

"Hanya setelah majoriti golongan tersebut telah menerima booster, barulah vaksinasi booster dibuka kepada populasi awam yang layak.

"Pemberian booster ini diperlukan berdasarkan perkembangan semasa pemantauan keberkesanan vaksin serta cabaran yang dihadapi dengan kemunculan varian-varian baru virus Covid-19," tambah kenyataan itu.

Menurut KKM, banyak negara yang menawarkan dos penggalak kepada populasi dewasa mereka seperti United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS), Thailand, Indonesia dan Singapura.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

Gempar bayi perempuan lahir ada ekor berbulu