suria

Kadar RT negara berada pada nilai 1.15, Negeri Sembilan dan Kedah catat kadar kebolehjangkitan tertinggi

Noor Hisham berkata secara keseluruhannya Rt di Malaysia ialah 1.15

NEGERI Sembilan dan Kedah mencatatkan kadar kebolehjangkitan atau nilai Rt (sebutan R-naught) tertinggi dalam negara pada Sabtu (29 Jan), kata Kementerian Kesihatan.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kemas kini harian Covid-19 kementerian berkata secara keseluruhannya Rt di Malaysia ialah 1.15, dengan Negeri Sembilan dan Kedah mencatatkan nilai tertinggi iaitu 1.19, diikuti Johor (1.14), Melaka (1.13), Kuala Lumpur dan Selangor (kedua-duanya 1.1).

Perlis, Labuan dan Sarawak mencatatkan Rt terendah pada sifar.

Nilai Rt merupakan salah satu penunjuk digunakan oleh KKM dalam membuat penilaian risiko.

Semakin rendah nilai itu, semakin kurang kemungkinan jangkitan bagi setiap kes positif.

Di seluruh negara, terdapat 5,139 kes baharu Covid-19 dan 3,767 kes pulih pada Sabtu (29 Jan).

Jumlah kumulatif kes Covid-19 Malaysia kini berjumlah 2,861,069.

Sejumlah 2,777,715 kes telah sembuh setakat ini.

Terdapat 119 kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU).

Ia terdiri daripada 102 kes Covid-19 manakala baki 17 kes disyaki, berkemungkinan atau masih dalam siasatan.

Enam puluh sembilan kes memerlukan sokongan ventilator.

Dr Noor Hisham berkata daripada 5,139 kes baharu harian, 50 kes (1%) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5 manakala 5,089 kes (99%) adalah dari kategori 1 dan 2.

Kategori 1 bermaksud pesakit asimtomatik.

Kategori 2 adalah untuk mereka yang mengalami gejala ringan.

Kes kategori 3 mengalami radang paru-paru manakala kes dalam Kategori 4 mengalami radang paru-paru dan memerlukan oksigen.

Pesakit kategori 5 berada dalam tahap kritikal yang memerlukan sokongan ventilator.

Daripada kes baharu itu, 226 adalah kes import manakala 4,913 adalah jangkitan tempatan.

Terdapat lima kluster baharu. Jumlah kluster aktif kini ialah 291. - The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Covid-19, kes harian, KKM, Noor Hisham, RT

Artikel Lain